Rabu, 22 Disember 2010

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Pramugari seludup 4 kilogram kokain

Posted: 21 Dec 2010 12:17 PM PST

LONDON: Seorang pramugari yang bersubahat dengan bekas pelajar sekolah elit untuk menyeludup kokain bernilai 250,000 (RM1.2 juta) ke negara ini menangis sebaik dijatuhkan hukuman lapan tahun penjara, semalam.

Mandeep Shahi, 27, mengambil kesempatan untuk menyeludup empat kilogram dadah berkenaan ke atas pesawat dalam bagasinya ketika bekerja untuk penerbangan Air Canada.


Selepas melepasi pemeriksaan kastam di Lapangan Terbang Heathrow, Mandeep menuju ke hotel untuk menghantar barang terlarang itu kepada sepasang pengedar dadah.

Dia ditangkap dalam operasi intipan polis tetapi hanya ditahan ketika dia kembali ke Britain lima bulan kemudian selepas detektif mengenal pastinya melalui kamera litar tertutup (CCTV).


Mandeep mendakwa dia digunakan sebagai keldai dadah tetapi pihak juri di Mahkamah Agung Southwark mendapati dia bersalah kerana memiliki dadah kelas A dengan niat untuk mengedarkannya.


Menurut mahkamah, kru kabin penerbangan Air Canada jarang diperiksa kerana Kanada tidak dianggap negara penyeludupan dadah. Bekas pelajar sekolah elit, Simon Howard-Harwood dan Baljinder Nijjar, 28, yang mengambil dadah itu daripada Mandeep mengaku bersubahat mengedarnya.

Sementara itu, pemandu teksi mini, Ghulem Malik, 53, turut didakwa kerana membawa dadah bagi pihak pasangan bekas pelajar itu. Pada 26 Mac lalu, Mandeep terbang ke Heathrow dari Toronto.


Selepas meninggalkan lapangan terbang, dia mendaftar masuk ke Hotel Danubius di Regent's Park yang diintip pasukan polis yang menjejaki Nijjar dan Howard-Harwood selama beberapa bulan.

Nijjar dilihat menuju kebilik dihuni Mandeep dan membawa sebuah beg Air Canada ketika keluar dari bilik itu beberapa minit kemudian. Kemudian dia menuju kebilik dihuni Howard-Harwood pula dan keluar berlenggang.


Sejurus kemudian, pemandu teksi Malik memasuki bilik Howard-Harwood dan keluar dengan beg terbabit dan dimasukkan ke dalam kenderaannya sebelum berlalu pergi.


Ketika polis menahan teksi dipandu Malik, mereka menemui satu kilogram kokain di dalam kenderaan itu sementara tiga kilogram lagi dijumpai dalam bilik Howard-Harwood. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Abang mengaku serang pelakon

Posted: 21 Dec 2010 12:16 PM PST

LONDON: Abang aktres filem Harry Porter mengaku bersalah kerana menyerang adiknya selepas pelakon wanita itu berpacaran dengan seorang lelaki bukan Islam.

Afshan Azad, 22, melakonkan watak Padma Patil, rakan sekelas Porter dalam siri filem itu.


Pendakwa raya Richard Vardon memberitahu Mahkamah Agung Manchester, abang Afshan, Ashraf, 28, menyerangnya berikutan hubungan pelakon itu dengan seorang lelaki beragama Hindu. Afshan melarikan diri dari rumah selepas abang dan bapanya mengugut untuk membunuhnya. - AP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan