Kosmo Online - Dunia |
Pelajar akui bunuh tiga pelacur Posted: Pelajar akui bunuh tiga pelacurBUSUR panah yang dimiliki Stephen Griffiths. LONDON – Seorang pelajar sarjana bidang kriminalogi, Stephen Griffiths, 36, mengaku bersalah semalam atas kesalahan membunuh tiga orang pelacur dengan kejam. Semasa perbicaraan di Mahkamah Crown Leeds yang khusus membicarakan kes-kes jenayah di England dan Wales, Griffiths yang terkenal dengan gelaran 'kanibal busur panah' mengaku membunuh pelacur tersebut Suzanne Blamires, 36, Shelley Armitage, 31, dan Susan Rushworth, 43,.
Hakim Justice Openshaw menyatakan kesihatan mental tertuduh telah diperiksa dengan teliti dan tidak persoalan lagi mengenai tahap kesiumannya. Openshaw menyifatkan, perbuatan yang dilakukan pesalah sangat keji seperti raksasa dan kesalahan itu akan mengakibatkan pembunuh tersebut tidak akan dibebaskan. Dia dihukum penjara seumur hidup. Griffiths juga mengaku atas tiga pertuduhan yang dihadapinya iaitu memanah kepala Suzanne semasa dia cuba melarikan diri daripadanya Mei tahun ini dua kesalahan lain. Pihak polis mempercayai pembunuh kejam ini juga terlibat dengan tiga kes pembunuhan lain yang tidak dapat diselesaikan. Dia memasak daging dua mangsa yang dibunuhnya dalam periuk manakala mangsa ketiga pula menjadi hidangan makanannya mentah-mentah. Pembunuhan itu berlaku di antara Jun 2009 dan Mei lalu. – Agensi | ||
Posted: Tujuh maut gempa bumi di IranDUA wanita berdiri dekat rumah mereka semalam yang musnah di Chah Ghanbar, Iran selepas satu gempa bumi berlaku kelmarin. TEHERAN - Gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter melanda bandar Hosseinabad, Kerma kelmarin mengakibatkan tujuh nyawa terkorban selain mencederakan ratusan jiwa dan memutuskan bekalan elektrik. Agensi berita Mehr merujuk kenyataan Gabenor Kerma, Esmail Najjar yang menyatakan jumlah kematian jiwa akibat bencana alam itu dijangka akan meningkat. Menurut Jabatan Geofizik Universiti Teheran, gempa bumi itu disusuli dengan 30 gegaran termasuk satu berukuran 5.0 skala Ritcher. "Setakat ini, kemusnahan berlaku di kampung-kampung Sharaj namun tujuh mayat serta beratus lagi yang cedera telah dipindahkan dari kawasan bencana," kata Esmail. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan