Khamis, 21 Februari 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Sebelum tembak mati kekasih

Posted:

Sebelum tembak mati kekasih

Sebelum tembak mati kekasih

PISTORIUS muncul di sebuah mahkamah majistret di Pretoria semalam.


PRETORIA - Beberapa saksi mendengar mereka terdengar pertengkaran, seorang wanita menjerit dan tembakan senjata di rumah pelari berkaki palsu, Oscar Pistorius pada malam dia menembak mati kekasihnya yang juga model, Reeva Steenkamp pada malam Hari Kekasih, kata keterangan seorang pegawai polis di sebuah mahkamah di sini semalam.

Pegawai itu, Hilton Botha memberitahu, pihak polis turut menemui dua bekas yang mengandungi jarum dan hormon testosteron di dalam bilik tidur Pistorius.

Pelari Afrika Selatan yang sebak ketika pegawai berkenaan memberikan keterangan.

Steemkamp yang berusia 29 tahun itu berada di dalam bilik air semasa dia ditembak mati.

Keterangan itu diberikan pada perbicaraan sama ada atlet berkenaan dibenarkan untuk diikat jamin.

"Dua daripada saksi kami terdengar pertengkaran, dua orang bercakap dengan kuat sesama mereka dari pukul 2 hingga 3 pagi," kata Botha.

Kekasih atlet itu mati pada 14 Februari lalu. Beberapa saksi lain terdengar bunyi tembakan, jeritan dan tembakan.

Dalam afidavit yang dikemukakan kelmarin, Pistorius menyatakan, dia terjaga pada tengah malam dan menganggap terdapat seorang penceroboh telah memanjat memasuki tingkap bilik airnya dan tandas.

Menurut atlet yang pernah menyertai acara 400 meter di Sukan Olimpik di London pada tahun lalu itu, dia kemudian mengambil pistol 9mm dan memasuki bilik air.

Pistorius berkata, dia kemudian melepaskan tembakan ke arah pintu tandas yang terkunci dalam keadaan panik.

Dalam afidavitnya, Pistorius menyatakan dia memperoleh pendapatan sebanyak AS$630,000 (RM1.95 juta) setahun dan memiliki hartanah bernilai hampir AS$1 juta (RM3.09 juta).

Kes ikat jamin Pistorius itu kemudian ditangguhkan sehingga hari ini. - Agensi

Askar AS minum darah ular tedung

Posted:

Askar AS minum darah ular tedung

Askar AS minum darah ular tedung


SEORANG askar marin Amerika Syarikat minum darah ular tedung di sebuah pangkalan tentera laut di Sattahip, Thailand semalam.


BANGKOK - Sejumlah anggota marin Amerika Syarikat (AS) meminum darah ular tedung dalam latihan ikhtiar hidup di sebuah pangkalan tentera laut di Sattahip, wilayah Chonburi, dekat Pattaya, selatan Thailand semalam.

Mereka juga diajar cara untuk membunuh ayam dengan menggunakan gigi semasa menggigit leher haiwan tersebut.

Askar-askar AS itu juga belajar cara untuk menangkap ular tedung.

Latihan yang dikenali sebagai Cobra Gold itu turut disertai oleh askar-askar Thailand, Singapura, Indonesia, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia. - AFP

Kapal mewah Abramovich berlabuh di New York

Posted:

Kapal mewah Abramovich berlabuh di New York

Kapal mewah Abramovich berlabuh di New York


KAPAL mewah milik Abramovich berlabuh di dermaga 90 di New York kelmarin.


NEW YORK - Sebuah kapal mewah kepunyaan pemilik kelab bola sepak Chelsea di England, Roman Abramovich dari Rusia kelihatan berlabuh di sebuah pelabuhan di bandar raya New York kelmarin.

Pada minggu lalu, kapal berkenaan berlabuh dekat Manhattan di negeri New York.

Kapal mewah itu merupakan yang terbesar di dunia dengan panjangnya ialah 162.45 meter.

Ia berlabuh di dermaga 90 yang dikendalikan oleh pihak New York Cruise.

Kapal tersebut mempunyai dua buah kolam renang, dua buah tempat pendaratan helikopter dan sebuah kapal selam mini.

Sistem pertahanan peluru berpandu, tingkap kalis peluru di bilik suite Abramovich juga terdapat pada kapal tersebut yang bernama Eclipse.

Terdapat 24 buah kabin untuk tetamu dan kapal tersebut mempunyai 70 kru.

Kapal tersebut dibina oleh syarikat pembuat kapal, Blohm + Voss di Jerman.

Ia diserahkan kepada Abramovich pada Disember 2010 dengan harga hampir AS$1.5 bilion (RM4.64 bilion).

Kapal tersebut berada di Pelabuhan St. George di Bermuda pada 29 Januari lalu.

Ia tiba di New York pada 13 Februari lalu. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan