Berita Harian: Dunia |
Posted: 21 Feb 2013 11:58 AM PST Senator AS dedah angka korban serangan pesawat kawalan jauh Washington: Seramai 4,700 orang termasuk penduduk awam, maut dalam serangan bom berterusan yang dilancarkan pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat. Jika ada anggaran rasmi angka kematian, ia rahsia, meningkatkan kemungkinan Graham melanggar undang-undang maklumat rahsia," Micah Zenko, Felo Majlis Perhubungan Luar Lancar serangan peluru berpandu Bilangan beratus-ratus serangan peluru berpandu yang dilancarkan pesawat kawalan jauh ke atas suspek militan al-Qaeda di Pakistan, Yaman dan beberapa negara lain kekal misteri, ketika pegawai Amerika enggan membin-cangkan secara terbuka mengenai operasi berkenaan. Namun, Senator Republikan, Lindsey Graham, penyokong kuat serangan pesawat kawalan jauh, secara terbuka menyatakan bilangannya. "Kita membunuh 4,700 orang. Kadang-kadang anda membunuh orang tidak bersalah, tetapi kita dalam peperangan dan berjaya membunuh beberapa anggota kanan al-Qaeda," kata Graham dipetik oleh Easley Patch, laman web tempatan yang membuat liputan pekan kecil Easley di Carolina Selatan. Jurucakap memberitahu senator itu memetik perangkaan yang dilaporkan secara terbuka dan disiarkan ketika siaran berita. "Ini kali pertama pegawai Amerika menyatakan bilangan," kata felo Majlis Perhubungan Luar, Micah Zenko. Beberapa pertubuhan cuma mengira berapa ramai militan dan penduduk awam maut dalam serangan pesawat kawalan jauh sejak 2004. Perangkaan, kiraan sama Perangkaan yang dinyatakan Graham sama dengan kiraan akhir oleh Biro Kewartawanan Penyiasatan berpejabat di London berkata bilangan yang terbunuh dalam serangan pesawat kawalan jauh di Pakistan, Yaman dan Somalia antara 3,072 dan 4,756. Yayasan New Amerika beribu pejabat di Washington berkata, ada 350 serangan pesawat kawalan jauh Amerika sejak 2004, ketika Barack Obama menjadi presiden. Yayasan itu menganggarkan angka kematian antara 1,963 dan 3,293, dengan 261 hingga 305 penduduk awam terbunuh. - AFP |
FB, Google tawar hadiah RM9 juta Posted: 21 Feb 2013 11:56 AM PST Los Angeles: Pengasas Google dan Facebook (FB) serta pasangan mereka sepakat memperkenal hadiah paling tinggi dalam sejarah sains iaitu dua kali ganda daripada anugerah Nobel. Pencipta Facebook, Mark Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan, serta pengasas bersama Google, Sergey Brin dan isterinya, Anne Wojcicki setuju melancarkan Hadiah Sejarah Baru Sains bernilai AS$3 juta (RM9 juta).
Mereka diminta memperkenal anugerah itu oleh tokoh kapitalis, Yuri Milner, yang memberi idea itu berdasarkan hadiah fizik yang diperkenalkannya tahun lalu. Majlis mengumumkan kemenangan penerima tidak akan diadakan tetapi pemenang tahun ini dari Amerika Syarikat, Itali, Jepun dan Belanda akan memilih pemenang pada masa depan dan mereka dijangka memberi syarahan dan wawancara sepanjang 2013. Sertai jawatankuasa pemilih Setiap tahun, orang yang menang hadiah itu akan menyertai jawatankuasa pemilih yang sentiasa bertambah untuk memilih pemenang tahun akan datang.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan