Harian Metro: Global |
Posted: 16 Jan 2013 09:10 AM PST Stockholm: Seorang tukang cuci kini tenat selepas mencuri sebuah kereta api dan merempuhnya pada sebuah rumah pangsa. Wanita berkenaan terlantar dalam keadaan tersepit di pinggir bandar Stockholm, Sweden selama dua jam sebelum pasukan penyelamat menariknya keluar dan motif tindakannya masih misteri.
Menurut polis, wanita yang berusia 20 tahun itu, tukang cuci di dalam kereta api berkenaan bertindak mencurinya secara tiba-tiba. Kereta api itu tidak bergerak dan kosong ketika dia melarikannya sejurus selepas jam 2 pagi.
KEADAAN rumah pangsa yang dirempuh. Pengendali kereta api itu berkata, wanita terbabit melanggar sekatan di stesen terakhir dan kereta api itu terus meluncur sejauh kira-kira 30 meter di kawasan tanpa landasan sebelum merempuh apartmen berkenaan. - The Sun Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/17 |
Pasangan Twilight berpisah buat kali kedua Posted: 16 Jan 2013 09:03 AM PST Los Angeles: Robert Pattinson dan Kristen Stewart berpisah buat kali kedua, hanya beberapa bulan selepas menjalinkan semula cinta mereka. Hubungan empat tahun pasangan Twilight itu berdepan dengan masalah buat kali pertama pada Julai lalu apabila Kristen, 22, mengadakan hubungan sulit dengan pengarah filem yang sudah beristeri, Rupert Sanders, 42.
Pattinson, 26, mendedahkan keputusannya kepada Kristen hujung minggu lalu dengan memberitahunya, adalah lebih baik jika mereka berkawan saja.
"Kristen kecewa. tetapi memahami hasrat Pattinson. Dia tidak sepatutnya mendesak aktor Britain itu supaya kembali kepadanya selepas curang. Dia berharap akan dapat bersama-sama dengan Pattinson sekali lagi." Rakan dan keluarga Pattinson di London tidak bersetuju dengan tindakannya menerima kembali aktres jelita itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan