Kosmo Online - Dunia |
Posted: Perancah runtuh di Singapura
SINGAPURA – Dua pekerja terbunuh manakala lapan yang lain cedera apabila perancah di sebuah tapak pembinaan stesen tren bawah tanah di sini runtuh semalam, kata beberapa pegawai pertahanan awam. Kemalangan tersebut adalah yang terbaharu menimpa rangkaian tren metro di sini selepas dua gangguan perkhidmatan besar-besaran berlaku pada Disember tahun lalu. Insiden itu merupakan kemalangan tapak pembinaan terburuk di Singapura sejak tahun 2004. Pada tahun itu, sebuah terowong tren bawah tanah yang sedang dibina runtuh dengan menyebabkan empat orang maut. Seorang jurucakap pertahanan awam memberitahu wartawan bahawa pasukan penyelamat telah menemui mayat dua pekerja tersebut yang didapati hilang sebelum ini. Lapan pekerja lain cedera ringan dan dirawat di sebuah hospital berdekatan. Menurut jurucakap berkenaan, hanya perancah tersebut runtuh tetapi terowong yang sedang dibina masih kukuh. Pada bulan ini, Pihak Berkuasa Pengangkutan mendenda syarikat pengendali rangkaian tren metro di sini, SMRT sebanyak AS$1.59 juta (RM5 juta) berhubung dua gangguan perkhidmatan itu yang menyebabkan ribuan pekerja terkandas. – AFP | |
Posted: Pemberontak semakin agresifBEBERAPA wartawan menunggu di luar lokasi serangan bom berani mati di bangunan Keselamatan Nasional di Damsyik semalam. DAMSYIK - Abang ipar Presiden Syria, Bashar Al-Assad, Assef Shawkat terbunuh dalam serangan bom berani mati, menurut sebuah stesen televisyen semalam. Shawkat yang juga Timbalan Menteri Pertahanan dan bekas ketua perisikan tentera merupakan antara ketua keselamatan kanan Syria. Beliau berkahwin dengan kakak Bashar, Bushra. Turut terkorban dalam letupan tersebut adalah Menteri Pertahanan, Dawoud Rajha. Stesen televisyen rasmi Syria melaporkan, pengebom berani mati itu melancarkan serangan ke atas bangunan Keselamatan Nasional di sini semasa satu mesyuarat melibatkan menteri Kabinet dan pegawai kanan keselamatan berlangsung. Dalam perkembangan berkaitan, dua kumpulan pemberontak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut yang meragut nyawa beberapa pegawai kanan Syria dan mencederakan sebahagian lagi. Kumpulan pemberontak Liwa Al-Islam atau Briged Islam dalam satu kenyataan di laman Facebook memberitahu, pihaknya menjadikan bilik kawalan krisis di dalam bangunan tersebut sebagai sasaran serangan berkenaan. Selain Liwa Al-Islam, Tentera Pembebasan Syria (FSA) turut mengaku mendalangi serangan tersebut. "Inilah letusan gunung berapi yang kami katakan, kami baru bermula," kata seorang jurucakap FSA, Qassim Saadedine. Pemberontakan menentang kepimpinan Bashar bermula sejak Mac lalu. Menurut pihak berkuasa Maghribi, 20,000 orang telah terbunuh ekoran pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar. Kelmarin, FSA menyatakan usaha membebaskan ibu kota Damsyik daripada cengkaman tentera Bashar telah bermula. Sementara itu, Setiausaha Luar Britain, William Hague menyatakan serangan pengebom berani mati itu menunjukkan satu resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diperlukan untuk menamatkan krisis di Syria. Perancis turut mengutuk Bashar kerana masih berkeras untuk memegang jawatan ketika situasi di negaranya semakin buruk. Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Bernard Valero berkata, Bashar perlu memahami bahawa perjuangannya untuk mengekalkan kuasa adalah sia-sia. - Agensi | |
Bieber berazam kekal sikap rendah diri Posted: Bieber berazam kekal sikap rendah diriBIEBER membuat persembahan di Sydney semalam. SYDNEY – Penyanyi terkenal, Justin Bieber kelmarin menyatakan dia berazam untuk mengekalkan sikap rendah dirinya. Bieber yang dilahirkan di Kanada berada di Australia untuk tujuan mempromosikan albumnya, Believe. "Saya hanya mahu untuk mengekalkan sikap rendah diri dan mendekatkan diri dengan keluarga," katanya pada satu temu ramah dengan rangkaian televisyen digital Seven Network. "Saya sentiasa memastikan untuk mengekalkan hubungan dengan keluarga dan menjadikannya keutamaan (dalam hidupnya). "Kali terakhir saya berada di sini adalah bersama dengan datuk dan nenek saya," katanya seperti dilaporkan agensi berita AFP semalam. Menurutnya, dia kerap mendapat nasihat daripada keluarganya. "Kamu (Bieber) perlu menarik seluar ke atas, itulah yang datuk dan nenek saya perkatakan pada setiap masa," katanya. Menurutnya, ibu, nenek dan datuknya menjadi punca dia berasa rendah diri. Penyanyi itu turut menyanyikan beberapa buah lagu di sini semalam dalam satu majlis mempromosikan albumnya. Sejumlah peminat wanita menyorak dan merakamkan gambar penyanyi itu. Bieber tiba di sini pada Isnin lalu bersama kekasihnya, Selena Gomez. Penyanyi itu menjadi terkenal pada tahun 2009 kerana video muzik yang dihasilkannya dimuat naik di YouTube. Sebanyak 15 juta album Bieber telah dijual. – Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan