Isnin, 21 Mei 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Buang ‘bola’ pada muka

Posted: 20 May 2012 09:06 AM PDT

BEIJING: Seorang lelaki China berjaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sebesar bola sepak dari mukanya, baru-baru ini.

Maklumat mengenai pembedahan itu yang dijalankan terhadap Chen Jianguo di Hospital Universiti Sun Yat-sen di Guangzhou bagaimanapun tidak banyak diperoleh.


Namun, dua gambar ini menunjukkan perubahan drastik pada penampilannya.

Lelaki berusia 37 tahun itu dikatakan mengalami ketumbuhan kecil di kepalanya sejak 1995.


Kerana tidak mahu membebankan ibubapanya ketika itu, dia meninggalkan kampungnya di Liandu dan menetap di bandar Zhaoqing pada 1998.


"Saya memberitahu mereka bahawa mereka hanya perlu menjaga adik saya.

"Mereka boleh melupakan bahawa mereka pernah melahirkan saya," kata Chen kepada wartawan dalam video yang dimuat naikkan ke You Tube pada Mei tahun lalu.


Chen berkata, dia sudah pun bersedia menerima sebarang kemungkinan sebelum pembedahan itu dijalankan.

"Saya bersedia menjalani pembedahan itu walaupun risiko kesilapan adalah besar.


"Jika berjaya, perkara pertama yang saya akan lakukan ialah pulang ke kampung. "Jika tidak, saya dengan senang hati mendermakan organ saya kepada orang yang memerlukan," katanya. - Agensi


Pengasas Facebook kahwin

Posted: 20 May 2012 09:02 AM PDT

PALO ALTO: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mengemaskinikan statusnya kepada 'berkahwin,' semalam.

Zuckerberg dan Priscilla Chan, 27, melangsungkan perkahwinan di satu majlis kecil-kecilan di Palo Alto, California, mengakhiri minggu yang sibuk bagi pasangan itu.


Dan pasangan berkenaan mengumumkan perkahwinan mereka dengan cara yang mengejutkan, iaitu dengan menyatakannya dalam mesej di Facebook.

Zuckerberg menyenaraikan syarikatnya itu di Wall Street Jumaat lalu yang menyaksikan nilai rangkaian sosial berkenaan melonjak kepada AS$104 bilion (RM312 bilion) Priscilla, menamatkan pengajiannya di sekolah perubatan di Universiti California, San Francisco Isnin lalu, hari yang sama Zuckerberg menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28.


Mereka berkenalan di Harvard dan sudah bersama sejak lebih sembilan tahun lalu.


Satu sumber di majlis itu berkata, Zuckerberg mereka sendiri cincin perkahwinannya. Majlis berlangsung di laman belakang kediaman Zuckerberg dengan dihadiri tidak sampai 100 tetamu, termasuk Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg.

Semua jemputan menjangka mereka datang untuk meraikan graduasi Priscilla. Mereka hanya diberitahu mengenai acara sebenar selepas tiba.


"Semua tetamu terkejut," kata sumber itu.

Makanan yang disajikan termasuk menu dari sebuah restoran sushi di Palo Alto yang menjadi kegemaran pasangan itu.


Zuckerberg dan Priscilla merancang perkahwinan itu sejak beberapa bulan lalu tetapi terpaksa menunggu pengantin perempuan menamatkan pengajian. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan