Dunia
Enam terbunuh, gegaran dirasai sejauh 100 kilometerROME: Satu gempa bumi kuat pada kekuatan 6 skala Richter menggegarkan kawasan industri dan padat penduduk di utara Itali awal semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang maut, menumbangkan beberapa bangunan termasuk kilang dan gereja selain mencetuskan suasana panik.
Berpuluh-puluh orang lagi cedera selepas gegaran bermula pada jam 4.04 pagi melanda kawasan antara Modena dan Mantova 35 kilometer ke utara barat laut Bologna dengan pusat gempa dilaporkan pada kedalaman 10 kilometer.
Berpuluh-puluh orang lagi cedera selepas gegaran bermula pada jam 4.04 pagi melanda kawasan antara Modena dan Mantova 35 kilometer ke utara barat laut Bologna dengan pusat gempa dilaporkan pada kedalaman 10 kilometer.
Gempa awal diikuti satu jam selepas itu dengan gegaran sekuat 5.1 skala Richter diikuti gegaran kekuatan 4.1 selepas itu.
Pusat gempa dilaporkan berlaku di antara bandar Finale Emilia, San Felice sul Panaro dan Sermide tetapi juga dirasakan sehingga ke Tuscany dan utara Alto Adige.
Gempa terbaru juga dirasai lebih 100 kilometer (km) sehingga Venice apabila satu keluarga dari Colombia yang sedang bercuti berkata mereka rasa cemas apabila apartment tempat penginapan bergegar.
Televisyen Itali menunjukkan banyak bangunan yang runtuh, kereta dihempap batu bata dan Agensi Pertahanan Awam memindahkan ratusan warga tua ke tempat lebih selamat termasuk ke bandar berdekatan.
"Kami takut dan semua orang keluar dari rumah selepas gegaran bermula," kata Datuk Bandar Ostiglia, Umberto Mazza, kepada agensi berita ANSA.
"Selepas gegaran kedua, ramai yang duduk dalam kereta. Mujurlah kerosakan tidak begitu besar," katanya lagi.
Apapun, ia adalah gempa paling kuat menggegarkan wilayah itu, kata pakar seismologi.
Rakaman awal televisyen menunjukkan bangunan lama rosak, bumbung runtuh, menara gereja retak dan bata di beberapa dinding batu jatuh di tepi jalan.
Empat daripada mangsa maut ketika bekerja di kilang seramik maut selepas dihempap bumbung runtuh manakala seorang wanita Jerman berusia 37 tahun dan seorang lagi wanita berusia lebih 100 tahun dilaporkan mati kerana terkejut.
Ada ramai penduduk lari keluar rumah ke tepi jalan selepas terkejut dan takut lebih banyak gegaran berlaku.
"Gempa yang melanda dan berlaku agak lama," kata Emilio Bianco, penyambut tetamu di hotel Canalgrande, Modena.
Hotel itu tidak mengalami kerosakan dan Modena sendiri selamat tetapi kebanyakan tetamu hotel bergegas keluar ke tepi jalan sebaik saja berlaku gegaran, katanya.
Kebanyakan orang ramai masih berjaga pada jam 4 pagi dan kebanyakan kedai dan restoran dibuka sepanjang malam.
Muzium yang sepatutnya juga dibuka ditutup berikutan pengeboman di sebuah sekolah di selatan Itali pada Sabtu yang membunuh seorang mangsa.
Januari lalu, satu gempa berukuran 5.4 melanda utara Itali. Penghuni beberapa bangunan pejabat di Milan diarahkan berpindah sebagai langkah berjaga-jaga dan pelbagai laporan disiarkan mengenai batuan yang runtuh dan keretakan bangunan.
Pada 2009, satu gemba bumi membunuh lebih 300 orang di tengah L'Aquila selain menyebabkan beribu-ribu orang lagi kehilangan tempat tinggal. – AP/AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan