Harian Metro: Global |
Pengajaran untuk pemandu bahaya Posted: 10 May 2012 09:56 AM PDT WARSAW: Seorang pemuda yang sering memandu keretanya secara berbahaya berazam menukar cara hidupnya selepas mendapati kenderaan yang sering digunakan, tiba-tiba berada di atas pokok. Zbigniew Filo mengalami kejutan sebaik terjaga dari tidurnya kelmarin apabila melihat kereta Ford Escort miliknya berada di atas pokok berhampiran.
Sementara itu, penduduk perkampungan Lubczyna di daerah Goleniow, bersepakat enggan mendedahkan siapa dalang yang bertanggungjawab di sebalik insiden itu.
"Pemuda itu pemandu berbahaya dan dia mungkin membunuh seseorang jika tidak dihentikan," katanya.
"Selain itu, tiada siapa tahu kereta pemandu liar mana pula yang bakal menjadi sasaran selepas ini," katanya.
|
Lelaki ‘import’ 49 haiwan eksotik untuk dimakan Posted: 10 May 2012 09:54 AM PDT MUNICH: Seorang lelaki Jerman ditahan pegawai kastam di Lapangan Terbang Munich apabila didapati membawa 49 haiwan eksotik hidup, kata pihak berkuasa semalam. Menurut jurucakap kastam, lelaki berusia 28 tahun itu baru pulang dari Oman membawa sejumlah beg.
Apabila diperiksa, dia didapati membawa hampir 50 haiwan, termasuk 31 cicak ekor berduri dan 18 reptilia lain seperti gecko atau tokek dan cicak.
Pegawai kastam kemudian merampas haiwan berkenaan dan lelaki terbabit mungkin didenda sekurang-kurangnya 1,000 euro (RM3,977). - AFP |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan