Berita Harian: Dunia |
Tunjuk perasaan sempena Hari Pekerja Posted: 01 May 2012 02:55 PM PDT Dunia TUNJUK perasaan, perhimpunan dan perarakan menuntut kenaikan gaji minimum mewarnai suasana Hari Pekerja yang disambut di seluruh dunia semalam.Di JAKARTA, kira-kira 100,000 penunjuk perasaan sempena Hari Buruh yang berarak dari Hotel Indonesia ke Stadium Bung Karno, berhenti di Mahkamah Perlembagaan bagi membantah dasar minyak kerajaan semalam. "Kami pekerja adalah rakyat sah Indonesia. Cukai kami menyumbang 35 peratus daripada bajet negara tahun ini. Apa yang kami dapat? Petani mendapat baja, nelayan mendapat diesel. Penduduk miskin dapat bantuan tunai secara langsung. Kami tidak mendapat apa-apa. Kosong," kata Pengerusi Persekutuan Kesatuan Sekerja Indonesia (KSPI), Said Iqbal, menerusi pembesar suara.Di SINGAPURA, Perdana Menteri, Lee Hsein Loong memberi amaran kadar inflasi yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan disebabkan kerajaan tidak menggalakkan pengambilan pekerja asing yang ramai. Pasaran buruh yang ketat itu menghalang rancangan meluaskan perniagaan bagi kebanyakan syarikat manakala sesetengah perniagaan mungkin akan meninggalkan Singapura, kata perdana menteri berkenaan. Sementara itu, tuntutan pekerja yang bertambah sepatutnya meningkatkan gaji yang akan menambahkan kos perniagaan, mengurangkan persaingan dan menyebabkan inflasi. Di THAILAND, pekerja dari 13 ahli pertubuhan buruh dalam Majlis Pekerja Thailand dan dua kesatuan buruh negeri menghadiri majlis agama yang diadakan di Royal Plaza, dipengerusikan oleh Menteri Buruh, Phadermchai Sasomsab. Selepas majlis itu, mereka berarak ke Sanam Luang di mana acara utama diadakan menandakan sambutan Hari Buruh di peringkat negeri Thailand dan antarabangsa. Di MANILA, sekurang-kurangnya 8,000 pekerja berarak di ibu negara Filipina menuntut kenaikan gaji minimum harian di negara itu. Presiden Filipina, Beningno Aquino III menolak rayuan Hari Pekerja bagi kenaikan gaji sebanyak RM9.07 sehari, dengan menyifatkan ia boleh memburukkan lagi inflasi dan mengurang minat pelabur. Ketua Polis Manila, Alex Gutierrez, berkata sekurang-kurangnya 8,000 ahli kesatuan buruh berarak sejauh empat kilometer ke arah jambatan Mendiola berhampiran istana presiden. Di PARIS, pertandingan pilihan raya presiden Perancis mengambil alih jalanan di Paris berikutan tiga pergerakan politik utama cuba mendapatkan perhatian menjelang kempen selama lima hari sebelum pilihan raya. Parti Barisan Kebangsaan diketuai Marine Le Pen yang memperjuangkan anti pendatang memulakan acara Hari Pekerja dengan perarakan yang disertai beribu-ribu penyokongnya di tugu peringatan ikon sayap kanan, Joan of Arc di tengah Paris. Di MOSCOW, Presiden Vladimir Putin menyertai lebih 100,000 penduduk yang berarak di sepanjang Moscow untuk meraikan sambutan hari buruh dan menyatakan sokongan awam. Sambil diiringi pancaragam muzik dan belon berwarna warni, Putin dan bekas Presiden Dmitry Medvedev mengetuai perarakan di tengah Moscow, dalam acara yang menyaksikan lebih besar berbanding tahun lalu. – Agensi Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
103 mangsa korban feri India karam Posted: 01 May 2012 02:54 PM PDT Dunia GAUHATI: Pasukan penyelamat dan penyelam tentera membawa keluar sekurang-kurangnya 103 mayat dari Sungai Brahmaputra di negeri Assam, timur laut India, selepas sebuah feri yang sarat muatan karam ketika angin kencang dan hujan semalam, kata seorang pegawai.Hakim daerah Goalpara, Pritam Saikia, berkata sekurang-kurangnya 100 orang dikhuatiri masih hilang selepas bot membawa 350 penumpang itu pecah dua dalam kejadian itu, "Penyelam laut dalam dan pasukan penyelamat bencana tentera bekerja sepanjang malam untuk membawa keluar mayat mangsa," katanya. Angin kencang dan hujan selepas kemalangan itu menjejaskan operasi menyelamat, kata Ketua Menteri, Tarun Gogoi."Saya akan mengarahkan satu siasatan terhadap punca kemalangan tetapi sekarang keutamaan kami adalah terhadap nasib mereka yang menaiki feri terbabit," kata Gogoi. Saikia berkata, kira-kira 150 penumpang terpaksa berenang untuk menyelamatkan diri atau diselamatkan penduduk kampung yang tinggal berhampiran. Beliau berkata sejumlah 103 mayat sudah dibawa keluar dari sungai itu. Penyelam dan pekerja penyelamat menggunakan bot getah untuk meredah sungai awal kelmarin bagi mencari mangsa yang kebanyakan masih berada dalam feri terbabit.
"Bot terbabit terumbang ambing dan kebanyakan mereka yang berada di atas bumbung terjatuh ke sungai tetapi dapat berenang ke tepi sebelum feri itu pecah," katanya. Ali berkata, beliau berjaya berpaut pada sebatang kayu sebelum diselamatkan penduduk kampung. Ketua Polis Assam, J N Choudhury, berkata penumpang yang berada di bahagian atas kebanyakan terselamat. Choudhury berkata, kemalangan berlaku berhampiran kampung Fakiragram di daerah barat Dhubri, kira-kira 350 kilometer ke barat Gauhati, berhampiran Sungai Brahmaputra sempadan Bangladesh. – AP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan