Rabu, 7 Mac 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Filem tentera Uthmaniyah dapat sambutan hebat

Posted:

Filem tentera Uthmaniyah dapat sambutan hebat

Filem tentera Uthmaniyah dapat sambutan hebat

AFP
TIGA orang melihat poster filem Fetih 1453 di sebuah pawagam di Ankara pada 27 Februari lalu.


ANKARA - Sebuah filem baharu, Fetih 1453 yang mengisahkan penaklukan tentera kerajaan Uthmaniyah ke atas kota Constantinople pada abad ke-15 mendapat sambutan hebat di Turki.

Kira-kira 3.4 juta orang telah menonton filem tersebut sejak ia ditayangkan pada 16 Februari lalu.

Filem Fetih 1453 itu menelan kos AS$17 juta (RM51.4 juta).

Menurut agensi yang mengumpulkan jumlah kutipan tiket, Box Office Turkey, seramai 3.4 juta orang telah menyaksikan filem tersebut dalam tempoh dua minggu pertama ia ditayangkan.

Agensi itu meramalkan filem tersebut akan memecahkan rekod penonton yang dicatatkan oleh beberapa filem lain di negara ini.

"Ia bukan kali pertama filem yang bertemakan penaklukan Constantinople ditayangkan tetapi Fetih 1453 ialah filem pertama yang menjalani penggambaran di Turki dengan bajet besar," kata seorang kakitangan di pejabat akhbar filem tersebut, Filiz Ocal.

Filem arahan Faruk Aksoy itu mengisahkan penaklukan kota Constantinople oleh tentera pimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dengan menewaskan tentera empayar kerajaan Kristian Byzantine.

Pada permulaan filem yang berdurasi 160 minit itu, tertera hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya ialah sebaik-baik tentera.

Constantinople kini dikenali sebagai Istanbul. - Agensi

Lady Gaga ada lebih 20 juta pengikut di Twitter

Posted:

Lady Gaga ada lebih 20 juta pengikut di Twitter

Lady Gaga ada lebih 20 juta pengikut di Twitter

LOS ANGELES – Penyanyi terkenal, Lady Gaga menjadi orang pertama di dunia memiliki lebih 20 juta pengikut

di Twitter.

Dia mempunyai 20.12 juta pengikut pada hari Isnin lalu dalam akaun Twitternya, @ladygaga.

Penyanyi remaja, Justin Bieber berada di tempat kedua dengan 18.11 juta pengikut menerusi akaunnya, @justinbieber.

Seorang lagi penyanyi terkenal, Katy Perry berada di belakang Bieber dengan mempunyai 15.75 juta pengikut.

Penyanyi terkenal, Shakira berada di belakang Perry dengan 14.56 juta pengikut dan diikuti penyanyi kelahiran Barbados, Rihanna dengan 14.49 juta pengikut.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kelapan dengan 12.84 juta pengikutnya menerusi akaunnya, @barackobama. – AFP

Ramsay bayar RM245,074 kerana tidak hadir majlis amal

Posted:

Ramsay bayar RM245,074 kerana tidak hadir majlis amal

Ramsay bayar RM245,074 kerana tidak hadir majlis amal


GORDON RAMSAY


WELLINGTON, New Zealand - Chef selebriti, Gordon Ramsay telah membayar AS$81,000 (RM245,074) bagi menyelesaikan satu tuntutan mahkamah kerana dia gagal hadir pada satu majlis amal bagi seorang pesakit kanak-kanak di negara itu.

Ramsay yang berasal dari Scotland itu berdepan dengan tuntutan saman sebanyak AS$1.7 juta (RM5.14 juta) daripada syarikat Duco selepas dia tidak hadir pada majlis amal untuk kanak-kanak malang berusia 11 tahun, Matisse Reid yang mengalami penyakit usus.

Dia tidak dapat hadir kerana ibunya diserang sakit jantung pada Jun 2010.

Namun, pihak pengurusan syarikat itu semalam menyatakan bahawa satu penyelesaian telah dicapai berhubung tuntutan mahkamah tersebut.

"Kedua-dua pihak telah mencapai satu penyelesaian kewangan secara bersama termasuk derma sebanyak AS$81,000 (RM245,074) untuk Reid dan dana amanah Chance2Eat untuk kanak-kanak itu," katanya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan