Harian Metro: Global |
Posted: 06 Mar 2012 09:36 AM PST LOS ANGELES: Seorang wanita yang ketagih membiarkan kuku jari tangannya panjang, kini mempunyai kuku jari kaki yang panjang sehingga 10 sentimeter, menyebabkan pergerakannya terhad dan menjejaskan kesihatannya. Wanita yang dikenali sebagai Ayanna, 54, adalah karektor aneh terbaru yang muncul dalam rancangan TLC, 'My Strange Addiction' (Ketagihan Ganjil Saya).
"Ia seksi dan nakal. Saya dianggap Dewi kuku panjang," kata Ayanna dalam rancangan gaya hidup itu, sekali gus mengejutkan anak pembaptisannya, Kuwait dan rakan, Vincent.
Ayanna yang terpaksa berjalan perlahan dengan mengunnakan tumit seperti penguin serta memanjat tangga dengan mengiring, jarang tidur melentang kerana selimut dirasakan seperti batu bata yang menghempap kuku kakinya.
Ayanna tidak memotong kuku tangannya sejak berusia 24 tahun. Tetapi tahun lalu, ketagihannya itu merebak pada kaki.
|
Bangga jadi anggota keluarga albino terbesar Posted: 06 Mar 2012 09:32 AM PST NEW DELHI: Sepasang suami isteri semalam meluahkan rasa bangga mereka kerana berjaya membesarkan keluarga albino paling ramai di dunia. Pasangan warga India berkulit putih, Roseturai Pullan, 50, dan isteri Mani, 45, mempunyai lapan anggota keluarga lain yang albino.
Anak lelaki pasangan itu, Vijay, 25, Shankar, 24 dan Ramkishan, 19, di samping anak perempuan, Renu, 23, Deepa, 21 dan Pooja, 18, mewarisi penyakit albino mereka.
Roseturai memberitahu akhbar The Sun: "Saya ada mendengar orang menggelar kami 'angrez' yang bermaksud Inggeris. "Sukar bagi orang ramai untuk memahami bahawa kami dilahir dan dibesar sebagai kaum India.
"Tetapi kami menjalani kehidupan sebaik mungkin." Perkahwinan Roseturai dan Mani pada 1983 diatur keluarga mereka. Pasangan itu berpindah dari Tamil Nadu di selatan India ke Delhi, tempat Roesturai menjual telur di gerai.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan