Jumaat, 10 Februari 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Pakar forensik PDRM ke Jolo

Posted:

Pakar forensik PDRM ke Jolo

Pakar forensik PDRM ke Jolo

MANILA 10 Feb. – Malaysia akan menghantar pakar forensik untuk membuktikan sama ada tiga suspek yang terbunuh dalam serangan udara tentera Filipina merupakan pengganas yang paling dikehendaki di Asia Tenggara.

Sebelum ini, tentera Filipina mendakwa serangan udara yang disokong Amerika Syarikat (AS) pada 2 Februari lalu, telah membunuh tiga pemimpin daripada kumpulan Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiah (JI), termasuk 12 anggota militan yang lain.

Katanya, mayat-mayat pemimpin terbabit kemudiannya dikebumikan dengan cepat oleh militan yang lain.

Namun jurucakap tentera Filipina, Kolonel Arnulfo Burgos berkata, pihak polis dapat mengumpulkan cebisan tisu manusia dan darah selepas serangan di pulau Jolo itu.

Menurutnya, polis Filipina akan bekerjasama dengan polis Malaysia untuk mencari bukti forensik.

"Kerjasama ini akan membantu Tentera Filipina untuk menyediakan bukti yang menunjukkan Mauwiyah dan Marwan telah maut dalam serangan tersebut," katanya.

Pengganas berprofil tinggi yang terbunuh merupakan rakyat Malaysia, Zulkifli Abdul Hir atau dikenali sebagai Marwan (gambar), satu daripada suspek yang paling dikehendaki kerajaan Amerika Syarikat.

Menurut Jabatan Negara AS, Zulkifli merupakan satu daripada pemimpin tertinggi JI dan pakar membuat bom yang bersembunyi di selatan Filipina sejak 2003.

Pasukan forensik Malaysia dijangka mengambil DNA keluarga Zulkifli sebelum membuat perbandingan dengan sampel di Filipina. – AFP

Sungai Danube merentasi 10 negara di Eropah membeku

Posted:

Sungai Danube merentasi 10 negara di Eropah membeku

Sungai Danube merentasi 10 negara di Eropah membeku


Bot-bot tersadai dalam Sungai Danube di Belgrade yang membeku akibat cuaca buruk yang melanda seluruh Eropah sekarang. – REUTERS


BELGRADE 10 Feb. – Sungai Danube yang sebelum ini menyaksikan kesibukan laluan kapal-kapal kini membeku ketika cuaca sejuk melampau di Eropah berterusan.

Jumlah korban akibat cuaca melampau tersebut meningkat kepada 460 orang.

Sungai Danube sepanjang 2,860 kilometer yang merentasi 10 negara itu menjadi medium utama kepada pengangkutan air, perikanan dan industri pengairan.

Selain itu, pelayaran di beberapa negara seperti Serbia, Croatia, Bulgaria, Romania, Hungary dan Austria terpaksa dibatalkan ekoran sungai yang membeku sekali gus membahayakan kapal-kapal.

Pihak berkuasa Bulgaria yang melarang semua aktiviti pelayaran melaporkan, sebanyak 244 kapal tersadai di pelabuhan manakala pasukan penyelamat Ukraine di Croatia menyelamatkan tiga anak kapal yang terperangkap di dalam salji sejak Jumaat lalu.

Setakat ini, sebanyak 28 kematian dilaporkan di Bulgaria termasuk lapan mati lemas selepas sebuah empangan pecah di perkampungan Biser, tenggara negara itu.

Dalam perkembangan lain, utara Jepun hari ini dilanda salji lebat ketika musim sejuk berterusan di beberapa bahagian negara itu mengakibatkan 83 penduduk terkorban setakat ini.

Jabatan kaji cuaca menjangkakan salji setebal sehingga 60 sentimeter akan melanda beberapa bahagian di utara pulau Hokkaido dan Honshu dalam tempoh 24 jam.

Sejak musim sejuk bermula pada November lalu, seramai 60 penduduk maut ketika mereka membersihkan salji dari jalan dan bumbung rumah.

Sementara itu, 20 lagi maut akibat tertimbus di bawah runtuhan salji. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan