Kosmo Online - Dunia |
- PBB kutuk keganasan tentera Syria
- Pippa atasi populariti Lady Gaga
- Lelaki paling pendek dunia enggan berkahwin
PBB kutuk keganasan tentera Syria Posted: PBB kutuk keganasan tentera Syria
AMMAN - Tentera Syria mengebom kawasan kejiranan penduduk yang dikuasai kumpulan penentang antipemerintahan Presiden Bashar Al-Assad di bandar Homs semalam, kata beberapa aktivis. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon turut mengutuk serangan tentera Syria ke atas kumpulan penentang itu. Pertempuran itu berlaku sejak tahun lalu dan ia kini semakin menyebabkan ramai kematian. "Saya bimbang keganasan yang sangat dahsyat yang kita saksikan di Homs dengan senjata-senjata berat melepaskan tembakan ke arah kawasan kediaman penduduk," kata Kim-moon. Para aktivis dan penduduk melaporkan ratusan penduduk terbunuh sejak tentera Bashar cuba untuk mengusir para penentangnya di Homs pada minggu lalu. - Reuters | |
Pippa atasi populariti Lady Gaga Posted: Pippa atasi populariti Lady GagaLADY GAGA LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Kate Middleton dan adiknya Pippa mengatasi populariti Lady Gaga dalam arena fesyen antarabangsa. Kate yang merupakan isteri pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William dan memakai gelaran rasmi Duchess of Cambridge, mengungguli senarai perkataan paling popular dalam dunia fesyen untuk dua tahun berturut-turut sebaliknya, bintang pop, Lady Gaga gagal menyerlah. Agensi Pemantau Bahasa Global (GLM) yang mengesan perkataan dan frasa utama dalam media elektronik serta sosial memberitahu kata fesyen paling popular untuk tahun 2012 adalah Duchess Effect. Senarai berkenaan dikeluarkan ketika Minggu Fesyen Mercedes di sini yang menampilkan pertunjukan peragaan dan parti selebriti membuka tirainya. Adik Middleton, Pippa yang menjadi pengapit pada majlis perkahwinan Duchess of Cambridge di London pada tahun lalu, turut berada dalam senarai GLM. Perkataan Pippa's Bum yang bermaksud "Punggung Pippa" berada di tempat kelima senarai berkenaan susulan punggungnya yang seksi menjadi tumpuan media. Pengaruh Duchess of Cambridge dalam dunia fesyen amat besar. Duchess of Cambridge boleh 'menjual' sesuatu pakaian hanya dengan memakainya di tempat awam. Sebelum ini, fesyen baju panas yang pernah dipakai beliau habis dijual dalam masa cuma 24 jam. - Reuters | |
Lelaki paling pendek dunia enggan berkahwin Posted: Lelaki paling pendek dunia enggan berkahwinChandra BAHADUR DANGI (kiri) duduk di sebelah seorang kanak-kanak di daerah Jhapa, Nepal pada 6 Februari lalu. SURUNGA, Nepal - Seorang warga emas yang didakwa lelaki terpendek di dunia, Chandra Bahadur Dangi menyatakan, dia berharap kehidupannya menjadi lebih baik selepas mendapat pengesahan Guinness World Records. Dangi mendakwa dia memiliki ketinggian cuma 56 sentimeter (sm) dengan berat badan hanya 12 kilogram. Pada minggu ini, sepasukan pegawai Guinness World Records dijangka tiba di kampung halaman Dangi di Purandhara, selatan Nepal bagi mengukur ketinggian lelaki berusia 72 tahun itu. Dalam wawancara pertama bersama agensi berita AFP, Dangi berkata, pengesahan Guinness World Records amat bermakna buat dirinya selepas dia hidup susah selama bertahun-tahun. "Saya percaya hidup saya akan menjadi lebih baik. Saya berharap saya akan menjadi terkenal di seluruh dunia," kata Dangi ketika ditemui pada satu acara keagamaan di Surunga, bandar yang terletak di tebing sungai Kankai, 280 kilometer ke tenggara ibu kota Nepal, Kathmandu. "Saya mahu melawat negara-negara luar dan bertemu orang ramai di seluruh dunia." Dangi yang memiliki lima adik-beradik yang mempunyai ketinggian normal kini menjalani kehidupan sebagai pesara. Menurutnya, dia belum pernah bercinta dan masih belum berumah tangga. "Saya pendek sejak zaman kanak-kanak. Justeru, saya tidak dapat mencari seorang wanita untuk berkahwin semasa saya muda. Kemudian saya meninggalkan terus idea mengenai perkahwinan. "Pada peringkat umur ini, saya tidak berminat untuk berkahwin lagi," katanya. Punca dia tidak membesar masih lagi menjadi misteri walaupun ramai pemegang gelaran lelaki terpendek dunia sebelum ini disahkan menghidap sindrom pembesaran terbantut yang mempunyai tanda-tanda sejak dalam rahim ibu lagi. Dangi menyatakan, beberapa saudaranya akan mengaraknya pada festival semasa dia masih muda. Menurutnya, dia tidak berkongsi sebarang bayaran yang diperoleh daripada saudaranya itu. "Mereka melayan saya sebagai alat permainan," katanya kepada akhbar Republica. Sehingga kini, rekod lelaki terpendek di dunia dipegang oleh warga Filipina, Junrey Balawing dengan ketinggian 59.93 sm. Namun, jika dakwaan Dangi disahkan, dia bukan sahaja merampas gelaran Balawing tetapi turut diisytihar sebagai lelaki terpendek di dunia yang pernah direkodkan. Seorang lagi rakyat Nepal, Khagendra Thapa Magar memegang rekod sebagai lelaki paling pendek di dunia selama setahun ketinggiannya dengan 67sm pada 2010. Magar muncul di televisyen di Eropah dan di Amerika Syarikat selain menjadi duta pelancongan Nepal. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan