Sabtu, 5 November 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


‘Ibu bayi’ Bieber boleh didakwa

Posted: 04 Nov 2011 12:29 PM PDT

LOS ANGELES: Dakwaan Mariah Yeater bahawa Justin Bieber adalah bapa bayinya mungkin menyebabkan wanita itu berdepan dengan masalah undang-undang.

Mariah, 20, kini boleh disoalsiasat oleh polis Los Angeles atas tuduhan 'merogol budak bawah umur.'

Bieber hanya berusia 16 tahun jika benar mereka mengadakan seks sehingga menyebabkan Mariah melahirkan anak.

Ini bermakna, Bieber ketika itu adalah bawah umur.


Semalam, seorang pegawai kanan polis Los Angeles berkata, pihaknya mungkin menyiasat dakwaan Mariah.


Menurut undang-undang, sesiapa yang mengadakan seks dengan seseorang yang bawah umur, yang tidak sampai tiga tahun lebih tua atau tiga tahun lebih muda dengan pelaku, adalah bersalah kerana melakukan kesalahan kecil.

Ketika kejadian itu didakwa berlaku, Mariah baru saja mencapai usia 19 tahun.

Menurut Associated Press, Komander Andrew Smith berkata, tidak ada laporan diterima mengenai kejadian itu yang didakwa berlaku Oktober tahun lalu di Staples Centre.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna polis tidak akan mengambil tindakan memandangkan terdapat laporan Mariah sudah mengemukakan saman terhadap bintang pop remaja itu.

Mariah mahu Bieber menjalani ujian DNA bagi mengesahkan secara saintifik bahawa dia adalah bapa bayinya yang berusia tiga bulan, lapor majalah Star di Amerika Syarikat.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan Isnin lalu, Mariah juga menuntut Bieber menyediakan penyaraan secukupnya untuk anak itu.

Bayi berkenaan, Tristyn Anthony Markhouse Yeater, dilahirkan 6 Julai lalu.

Wanita kelahiran California itu mendakwa, sebelum melakukan seks, penyanyi itu memberitahunya, ia kali pertama dia melakukannya sebelum Bieber dikatakan bergegas menanggalkan pakaiannya dalam sebuah bilik air di belakang pentas.

Mariah juga mendakwa, kejadian itu berlaku begitu pantas, hanya kira-kira 30 saat.

Menurut Mariah, mereka mengadakan seks pada 25 Oktober 2010 selepas konsert Bieber di Staples Centre di Los Angeles. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Sindiket kasut kokain berjaya ditumpas

Posted: 04 Nov 2011 12:14 PM PDT

MADRID: Polis semalam berkata, mereka berjaya menumpaskan rangkaian dadah yang menyeludup kokain dari Colombia berbentuk kasut berjenama wanita dengan harga 50,000 euros (RM207,000) sepasang.

Polis menahan lelaki yang disyaki ketua kumpulan Colombia itu dan isterinya berusia 24 tahun selepas menjejaki mereka di Gorliz, bandar tepi laut di utara Sepanyol.


"Siasatan yang dilakukan menunjukkan mereka yang ditahan itu menyeludup kokain dalam bentuk kasut wanita sejak dua dua tahunlalu," menurut kenyataan yang dikeluarkan polis.

Kasut itu digelar 'Manolos' oleh kumpulan berkenaan, merujuk kepada pereka kasut terkenal Sepanyol, Manuel "Manolo" Blahnik Rodriguez, yang harga sepasang kasut tumit tingginya mencecah ribuan euro.


Bagaimanapun, harga kasut kokain itu lebih mahal, 50,000 euro sepasang.


Polis berkata, ketua kumpulan berkenaan dan isterinya mencari penumpang untuk membawa dadah itu dari Cali, Colombia dengan pelbagai cara, termasuk kasut berjenama palsu.

Dadah itu kemudian akan dijual di Bilbao di Basque dan kawasan sekitar oleh tiga rakan, seorang warga Sepanyol berusia 29 tahun dan dua rakyat Colombia, berumur 28 dan 38 tahun.


Pegawai antidadah menahan enam suspek itu dalam beberapa siri serbuan selepas mengetahui ketua kumpulan berkenaan akan menerima penghantaran terakhir dadah itu sebelum berlepas pulang ke Colombia bersama isteri. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan