Sabtu, 5 November 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Kate Middleton didakwa hamil

Posted:

Kate Middleton didakwa hamil

Kate Middleton didakwa hamil


KATE Middleton bersama Putera William ketika melawat pusat pengagihan makanan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Copenhagen, Denmark, semalam.


LONDON 5 Nov. - Khabar angin mengatakan Duchess of Cambridge, Kate Middleton hamil mula tersebar luas gara-gara isteri kepada Putera William itu enggan menjamah makanan berunsur kacang.

Berita itu menjadi bualan hangat peminat Kate ketika beliau melawat pusat pengagihan makanan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Copenhagen, Denmark, semalam.

Dalam lawatan tersebut, Kate, 29, yang duduk di sebelah suaminya menolak untuk menjamah sampel pes kacang yang akan diagihkan kepada penduduk negara timur Afrika yang kini berdepan kebuluran.

Tindakan Kate itu mencetuskan tanda tanya banyak pihak yang mula mengaitkannya dengan pendapat pakar kesihatan iaitu wanita hamil disaran untuk tidak mengambil makanan berunsur kacang atau produk seumpamanya bagi mencegah sebarang alahan kepada bayi yang bakal dilahirkan.

Setelah bergelar isteri kepada Putera William, Kate kini memikul tanggungjawab yang cukup besar - melahirkan seorang waris kepada putera diraja Britain itu.

Wanita-wanita terdahulu yang pernah berada di tempatnya tidak membuang masa - William sendiri selamat dilahirkan selepas 11 bulan Puteri Diana berkahwin dengan Putera Charles pada 1981.

Justeru, jika Kate tidak hamil dalam tempoh sembilan bulan, beliau akan melanggar tradisi diraja Britain selama 200 tahun.

Namun, berhubung tindakan Kate menolak untuk menjamah pes kacang itu, pihak istana menegaskan puteri tersebut tidak mempunyai sebarang alahan terhadap makanan berunsur kacang.

Walaupun spekulasi berhubung kehamilannya masih menjadi tanda tanya, Kate tetap kelihatan langsing apabila mengenakan gaun rona merah hati beserta tali pinggang kulit ketika berada di Copenhagen. - AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.

Penyokong beri amaran keras

Posted:

Penyokong beri amaran keras

Penyokong beri amaran keras


GAMBAR fail yang diambil pada 22 September lalu menunjukkan penyokong Muammar Gaddafi ditahan di Misrata, Libya. - AGENSI


SIRTE 5 Nov. - Dua minggu selepas kematian bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, anggota puak pimpinannya terus diselubungi perasaan marah dan memberi amaran untuk membalas dendam atas kematian tersebut.

Dendam mereka semakin 'membara' apabila tentera pemberontak bertindak menjadikan jenazah Gaddafi seperti 'bahan pameran' kepada orang ramai ketika meletakkan jenazahnya di sebuah bilik sejuk beku di Misrata sebelum dikebumikan secara rahsia.

''Adakah anda akan lupa jika ada orang yang membunuh anak anda begitu sahaja?

''Tidak, anda pasti tidak akan lupa. Dan kami di sini tidak akan lupa siapa yang bunuh Gaddafi,'' kata seorang anggota puak Gaddadfa di Wadi Garif, Sirte, Abu Mohammed.

Jelasnya, walaupun Gaddafi terbunuh, Libya tidak akan mengecap keamanan hakiki.

''Libya tidak akan aman dan akan terus bermandi darah dalam tempoh beberapa tahun akan datang,'' tegasnya.

Dalam pada itu, penduduk di Sirte mendakwa, pejuang anti-Gaddafi bertindak merampas dan membakar harta benda mereka walaupun 'perang' sudah tamat dan Gaddafi dibunuh.

Dakwa mereka, pejuang berkenaan juga bertindak merampas kereta milik penduduk.

''Mereka (pejuang anti-Gaddafi) curi perabot, membakar rumah dan ambil kereta kami. Apa yang ada lagi di Libya?

''Mengapa mereka tidak bunuh sahaja kami. Mereka musnahkan Libya dan membunuh pemimpin kami,'' kata seorang suri rumah, Umm Khaled. - REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan