Kosmo Online - Dunia |
- Jemaah haji mula berhimpun di Arafah
- Dapat RM311,400 selepas 520 hari dikurung
- Mati ditikam kerana pertahan rakan wanita diganggu
Jemaah haji mula berhimpun di Arafah Posted: Jemaah haji mula berhimpun di Arafah
MEKAH - Lebih 2.5 juta jemaah haji meninggalkan bandar ini untuk ke Padang Arafah yang merupakan lokasi tempat Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan khutbah haji terakhir. Para jemaah itu yang berpakaian serba putih memenuhi jalan-jalan untuk menuju ke Mina, lima kilometer dari Masjidilharam. Ramai jemaah menaiki bas manakala yang lain berjalan kaki. Sebahagian jemaah lagi menaiki sistem pengangkutan tren yang dienali sebagai Mashair Railway ke Padang Arafah. Perkhidmatan tren itu akan beroperasi buat kali pertama pada tahun ini dengan kapasiti 72,000 jemaah setiap jam. "Perkhidmatan Mashair Railway akan mengangkut 500,000 jemaah dari Mina melepasi Muzdalifah, tiba di Arafah dengan tambahan sejuta jemaah pada hari kemuncak iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah," kata pengarah prohek tren tersebut, Fahd Abu-Tarbush. - AFP Full content generated by Get Full RSS. | |
Dapat RM311,400 selepas 520 hari dikurung Posted: Dapat RM311,400 selepas 520 hari dikurungENAM kru antarabangsa bergambar selepas mereka keluar dari sebuah kapsul di sebuah pusat penyelidikan angkasa lepas di Moscow semalam. MOSCOW - Sekumpulan kru penyelidik antarabangsa akhirnya keluar dari sebuah kapsul selepas 520 hari dikurung di sebuah pusat penyelidikan angkasa lepas di sini. Semua kru lelaki itu yang terdiri daripada tiga rakyat Rusia, seorang lelaki Perancis, seorang warga Itali dan China telah tinggal dalam kurungan tersebut sejak Jun 2010. Mereka dikurung untuk menjalani suasana dikurung, tekanan dan kepenatan dalam satu eksperimen perjalanan jauh ke planet Marikh. Kru itu berkomunikasi dengan pihak penganjur dan keluarga masing-masing menerusi Internet yang sengaja diganggu untuk menggambarkan suasana sebenar di angkasa lepas. Mereka makan makanan bertin sama seperti yang terdapat di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa. Pihak penganjur menyatakan, setiap kru sukarela itu akan dibayar kira-kira AS$100,000 (RM311,400). "Kru-kru antarabangsa sudah menamatkan misi 520 hari," kata Komander Alexei Sityov salah seorang penyelidik yang terlibat dalam eksperimen tersebut kepada bos agensi angkasa lepas Rusia selepas dia keluar dari kapsul itu. GAMBAR bertarikh 24 Julai lalu menunjukkan beberapa kru bersantai dalam kapsul di sebuah pusat penyelidikan angkasa lepas di Moscow. "Program itu telah dilakukan sepenuhnya. Semua kru berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Kami bersedia utnuk menjalani ujian yang seterusnya," tambahnya. Kru Itali, Diego Urbina yang menggenggam tangannya dengan gembira semasa keluar dari kapsul itu menyatakan ia seperti satu bentuk penghormatan buatnya untuk terlibat dalam program berkenaan. Penyelidik dari China, Wang Yue berkata "Selepas 520 hari, kami akhirnya kembali." Kru dari China, Itali, Perancis dan tiga Rusia itu diberikan bunga oleh seorang penyelidik wanita sebagai hadiah kerana usaha mereka. Namun, mereka kemudian dibawa oleh para penyelidik untuk menjalani ujian perubatan selama beberapa hari. Kru-kru itu akan hadir pada satu sidang akhbar pada Selasa depan. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. | |
Mati ditikam kerana pertahan rakan wanita diganggu Posted: Mati ditikam kerana pertahan rakan wanita digangguMUMBAI - Bandar raya ini gempar selepas dua pemuda dibunuh sekumpulan samseng bersenjatakan pisau apabila mereka cuba membantu rakan wanita mereka daripada mengalami gangguan seksual kumpulan tersebut. Mangsa, Keenan Santos, 25, meninggal dunia di tempat kejadian apabila dia ditikam di luar sebuah bar di sini pada 20 Oktober lalu manakala seorang lagi pemuda, Rueben Fernandes, 28, mati di hospital pada minggu ini. Polis berkata, empat orang telah ditangkap kerana disyaki melakukan pembunuhan tersebut. Namun, jenayah kejam itu mencetuskan kemarahan penduduk bandar ini. - AFP Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan