Sabtu, 5 November 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Kaabah pasang kiswah sutera

Posted: 05 Nov 2011 01:08 PM PDT

Dunia

JEMAAH berada di Jabal Rahmah memulakan ibadah haji beramai-ramai di Padang Arafah.

JEMAAH berada di Jabal Rahmah memulakan ibadah haji beramai-ramai di Padang Arafah.

Gabenor Makkah nasihat jemaah elak berpolitik, tumpu tunai ibadah

MINA: Seperti tradisi setiap tahun, kain penutup Kaabah disebut kiswah diganti semalam menandakan permulaan haji dan pada tahun ini kain diperbuat daripada sutera hitam itu bercampur warna emas dan perak.

Selesai solat Subuh, berpuluh-puluh petugas menanggalkan kiswah yang selama setahun menutupi Kaabah. Para petugas kemudian menggantinya dengan kiswah baru hasil tangan 240 petugas khas. Pada masa sama, Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal bin Abdulaziz yang bertanggungjawab atas jemaah haji, mengingatkan jemaah supaya mengelak berpolitik dan menumpukan sepenuhnya kepada ibadat Rukun Islam kelima itu.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini, beliau berkata: "Tindakan tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menggunakan haji untuk tujuan lain."

Setakat ini, tiada cubaan dibuat dalam hal berkenaan. Sementara itu, jumlah jemaah luar negara tahun ini di Tanah Suci memecah rekod dengan peningkatan 1.5 peratus berbanding tahun lalu menjadikan jumlah keseluruhan jemaah berdaftar seramai 1,828,195 orang.

Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Mahkota Naif Abdul Aziz berkata jumlah ini meningkat seramai 27,274 berbanding tahun lalu.
"Ini adalah kali pertama dalam sejarah haji, jumlah jemaah luar negara mencecah rekod melebihi 1.8 juta orang," katanya kepada agensi berita Arab Saudi.
Daripada jumlah itu, jemaah lelaki mewakili 54 peratus iaitu seramai 989,776 orang sementara jemaah perempuan seramai 838,419.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, seramai 1,684,876 jemaah tiba menggunakan penerbangan, 128,350 menerusi darat dan 14,969 melalui laut, mewakili 183 negara.

Putera itu melahirkan rasa terima kasih dan tahniah kepada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah berikutan kejayaan mengendalikan perhimpunan raksasa itu.

Sementara itu, jemaah memulakan Hari Tarwiah (Hari Memberi Air) kelmarin, hari yang diberi nama seumpama itu berikutan secara tradisi jemaah memberi air kepada tunggangan dan ternakan serta menyimpan air untuk perjalanan ke Arafah.

Ramai jemaah menggunakan Kereta Api Mashair untuk ke Arafah dan kawasan sekelilingnya yang kosong dipenuhi jemaah untuk menghadiri kemuncak ibadat haji, semalam.

Kereta Api Mashair memulakan operasi kali pertama tahun ini dengan kapasiti penuh membawa 72,000 jemaah sejam untuk mengurangkan kesesakan dan mengelakkan tolak menolak.

Landasan berkembar itu menghubungkan tiga kawasan suci di Mina, Muzdalifah dan Arafah. Kereta api itu akan menggantikan penggunaan 30,000 kereta sebelum ini, kata pengarah projek Fahd Abu Tarbush. – Agensi/AP

Full content generated by Get Full RSS.

Justin Bieber jadi mangsa penipuan

Posted: 05 Nov 2011 12:52 PM PDT

Dunia

BIEBER (kanan)  mengulas isu terbaru dirinya kepada tiga pengacara NBC, kelmarin.

BIEBER (kanan) mengulas isu terbaru dirinya kepada tiga pengacara NBC, kelmarin.

Bekas teman lelaki wanita tuduh bayi anak penyanyi dedah pembohongan

LOS ANGELES: Wanita berusia 20 tahun yang mendakwa idola remaja dunia, Justin Bieber adalah bapa kepada anaknya memberitahu bekas teman lelakinya bahawa dia dan bukan Bieber adalah bapa kepada bayi itu.

"Dia pulang ke sini dari California memberitahu dirinya hamil anak saya dan saya berkata ia mustahil, anda berada di California selama dua bulan dan hanya pulang ke sini selama seminggu," kata penduduk John Terranova, 19, mengenai Mariah Yeater, bekas teman wanitanya.

Kasihan. Bieber bekerja keras untuk kerjayanya dan untuk menangani perkara ini. Dia (Yeater) hanya mahukan publisiti di luar sana. - Lacy Jensen, Teman John Terranova

Yeater menuduh penyanyi Kanada itu adalah bapa anaknya dan menyaman Bieber untuk mendapatkan wang saraan bayi itu. Bieber, 17, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Yeater dan menyifatkannya sesuatu yang karut.

Terranova mengecam dakwaan Yeater bahawa Bieber yang ketika itu berusia 16 tahun menyebabkannya hamil pada Oktober 2010 ketika sesi seks 30 saat selepas penyanyi itu membuat persembahan di sini.

"Saya tahu ia bukan Justin Bieber," kata Terranova. "Dia hanya mahukan wang. Ia satu penipuan."

Terranova berkata, dia berkasih dengan Yeater selama hampir empat tahun selepas bertemunya di sebuah sekolah tinggi di Las Vegas yang menempatkan pelajar yang dibuang dari sekolah lain.
Katanya, dia memutuskan hubungan dengan Yeater selepas mendapat tahu bekas teman wanitanya itu menipunya.

"Selepas saya memberitahunya ia bukan anak saya kerana dia hanya berada di sini selama seminggu, dia memberitahu saya, bahawa dia hamil sebelum kami berpisah," kata Terranova dari Las Vegas kepada akhbar The New York Post.

"Namun, ia tidak masuk akal kerana dia memiliki satu nota doktor mengatakan kehamilannya tidak mencukupi untuk mendakwa saya bapa kepada bayi itu."

Teman wanita Terranova ketika ini, Lacy Jensen, yang juga hamil, bersetuju.

"Kasihan. Bieber bekerja keras untuk kerjayanya dan untuk menangani perkara ini. Dia (Yeater) hanya mahukan publisiti di luar sana," kata Jensen.

"Dia seorang kaki kikis dan hanya mahukan seseorang menjaganya. Dia seorang yang gemar berparti di merata tempat."

Yeater ditahan atas tuduhan memukul Disember lalu kerana didakwa menampar Terranova dalam kejadian berpunca daripada cemburu selepas kembali dari California dan mendapat tahu bekas teman lelakinya sudah ada teman wanita baru.

Yeater dijangka muncul di mahkamah Las Vegas atas tuduhan pelanggaran undang-undang pada 12 Disember, tiga hari sebelum Bieber membalas tuntutan untuk menjalani ujian sama ada beliau bapa anak wanita itu di sebuah mahkamah di San Diego selain isu wang saraan kepada bayi lelaki empat bulan itu, Tristyn. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan