Harian Metro: Global |
Ibu, anak selamat dihempap lori Posted: 21 Sep 2011 08:05 AM PDT LEEDS: Sepasang anak-beranak terselamat daripada maut walaupun kereta mereka terperosok di bawah lori membawa ribuan ayam, semalam. Dalam kejadian itu, seorang wanita memandu kereta berkenaan bersama ibunya di laluan A64 berhampiran York apabila lori berkenaan terbabas, terbalik dan menghempap mereka.
"Kedua-dua mangsa berbaring serapat mungkin ke lantai kereta bagi mengelak badan lori berkenaan mencederakan mereka.
Polis berkata, pemandu lori berkenaan juga tidak mengalami kecederaan. Pegawai polis trafik yang menyiasat kejadian itu, Andy Quigley, berkata dia tidak pernah melihat insiden sebegitu sejak bertugas di jalan raya 16 tahun lalu. - TS |
Posted: 21 Sep 2011 08:02 AM PDT ATLANTA: Seorang wanita mengalirkan air mata sejurus selepas dia dibenarkan melepasi kawalan keselamatan lapangan terbang hanya kerana rambut keriting melampaunya. Pendandan rambut, Isis Brantley, dilaporkan berjalan menuruni eskelator di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson di Atlanta, Georgia, apabila dia ditahan pegawai keselamatan di situ.
Kata Isis, dia terkejut apabila terdengar seseorang menjerit ke arahnya dan menyuruhnya berhenti.
Katanya, dia menangis kerana malu diperlakukan begitu.
Menurut Isis, dia rasa terhina diperlakukan begitu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan