Harian Metro: Global |
Beli rumah RM120j selesai masalah Posted: 02 Jun 2011 11:08 AM PDT ELLISON SAN FRANCISCO: Bilionair, Larry Ellison akhirnya menamatkan sengketa yang berlaku sekian lama dengan jirannya, membabitkan deretan pokok yang tidak terurus apabila dia membeli kediaman jirannya itu dengan harga AS$40 juta (RM120 juta). Ellison, pengasas Oracle, sebuah syarikat perisian komputer, bertelingkah dengan jirannya di 'Billionaire's Row,' sebuah kawasan kediaman mewah, sejak beberapa tahun lalu mengenai pokok yang didakwanya menghalang pemandangan teluk San Francisco dari kediamannya. Ellison, individu kelima terkaya di dunia, mengadu dua pokok besar pohon kayu merah di bawah bukit dari kediaman mewah seluas 10,000 kaki persegi dan lima bilik tidur miliknya di Pacific Heights menghalang pemandangan indah Teluk San Francisco.
Dia membeli kediaman jirannya itu dengan harga RM120 juta. Ellison dikatakan bersetuju membeli kediaman yang mempunyai 22 bilik tidur itu tetapi tidak mempunyai garaj kerana yang penting baginya dia dapat menikmati pemandangan Teluk San Francisco.
|
Posted: 02 Jun 2011 11:04 AM PDT HUBEI: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun mati selepas menggantung dirinya kerana kakak dan neneknya tidak mampu membelikan buku yang dimintanya. Kanak-kanak itu ditemui tergantung pada dahan pokok di depan rumahnya, lapor akhbar China Daily, semalam.
Menurut si kakak, adiknya meminta wang 36 yuan (RM16.75) untuk membeli buku itu. Neneknya berjanji memberi wang itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan