Jumaat, 3 Jun 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Perang saudara di Yaman bermula

Posted: 02 Jun 2011 03:53 PM PDT

Dunia

SEORANG penyokong Sheikh Sadiq yang cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan, semalam.

SEORANG penyokong Sheikh Sadiq yang cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan, semalam.

Beribu-ribu pejuang bersenjata dari kawasan puak menuju ke Sanaa bantu Sheikh Sadiq

SANAA: Beribu-ribu pejuang bersenjata dari kawasan puak menuju ke Sanaa semalam untuk membantu pemimpin mereka Sheikh Sadiq al-Ahmar, yang terbabit dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan kerajaan di ibu negara Yaman itu, kata saksi.

Langkah memperkukuhkan kedudukan itu menyusul pertempuran sengit di antara penyokong Sheikh Sadiq dengan pasukan keselamatan Yaman sepanjang malam di kejiranan Al-Hasaba di Sanaa, yang juga kubu kuat beliau, menyebabkan 15 terbunuh semalam. "Antara yang terbunuh, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut akibat terkena peluru sesat," kata pegawai di hospital Al-Jomhoreya.

Sumber berkata, pertempuran berlaku di antara penduduk kawasan puak dan pasukan keselamatan di pusat pemeriksaan tentera 15 kilometer di utara Sanaa.

Seorang pemimpin puak berkata kumpulan lelaki bersenjata itu mahu memasuki Sanaa untuk membantu pemimpin mereka Sheikh Sadiq, yang mengetuai persekutuan puak Hashid yang berpengaruh.

Penduduk menyifatkan pertempuran sepanjang malam di Al-Hasaba, sebagai paling ganas dalam tempoh dua hari.
Anggota perubatan berkata pertempuran jalanan kelmarin menyebabkan 47 orang terbunuh, meningkat berbanding 39 sebelum ini.

Pertempuran di ibu negara Yaman itu tercetus kelmarin, selepas perjanjian gencatan senjata di antara pasukan keselamatan dan penduduk puak yang menguasai bangunan awam di Sanaa, dicabul.

Gencatan senjata itu diumumkan 27 Mei lalu, selepas pertempuran sengit selama seminggu apabila Presiden Ali Abdullah Saleh memberi amaran perang saudara mungkin berlaku dan enggan menandatangani perjanjian meletak jawatan.

Mac lalu, Sheikh Sadiq menyatakan sokongannya kepada penunjuk perasaan yang membuat bantahan sejak Januari lalu, mendesak Saleh yang berkuasa sejak 1978, meletak jawatan.

Kementerian pertahanan dalam laman webnya menyatakan kumpulan puak berjaya menguasai sebuah bangunan berhampiran istana presiden di selatan Sanaa. Kumpulan itu juga menguasai ibu pejabat Kongres Rakyat Awam dan pejabat utama bekalan air.

Bagaimanapun kata laman web itu, tentera kerajaan berjaya menguasai semula sejumlah bangunan awam tetapi tidak memberi butiran lanjut.

Saksi berkata beribu-ribu orang sudah meninggalkan ibu negara Yaman itu, manakala banyak kedai dan pusat perniagaan ditutup. Kenderaan dilihat beratur panjang di stesen petrol untuk mengisi minyak. – AFP

INFO

Pergolakan di Yaman

  • Lebih 50 orang terbunuh dalam pertempuran jalanan di Sanaa sejak kelmarin. 
  • Pertempuran meletus selepas gencatan senjata sejak 27 Mei di antara puak Hashid dan pasukan keselamatan kerajaan dicabuli Selasa.
  • Pertempuran berlaku di antara penduduk kawasan puak dan pasukan keselamatan di sebuah pusat pemeriksaan tentera 15 kilometer ke utara Sanaa.
  • Pejuang puak menguasai beberapa bangunan kerajaan di ibu negara.
  • Sheikh Sadiq Mac lalu menyatakan sokongan terhadap penunjuk perasaan yang melancarkan bantahan sejak Januari.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Syria bebas ratusan tahanan politik

    Posted: 02 Jun 2011 03:51 PM PDT

    Dunia

    DAMSYIK: Pihak berkuasa Syria membebaskan beratus-ratus tahanan politik selepas Presiden Bashar al-Assad mengeluarkan perintah pengampunan sebagai reaksi kepada tunjuk perasaan 10 minggu menentang pemerintahan beliau, kata kumpulan hak hak asasi negara itu.

    Peguam hak asasi Razan Zaitouna berkata, langkah Assad bagaimanapun tidak menghentikan tindakan kekerasan yang dikenakan ke atas penunjuk perasaan. Kelmarin pasukan keselamatan membedil bandar Rastan menyebabkan 41 penduduk awam terbunuh.

    "Tindakan kekerasan dan rancangan pembaharuan, gagal menghentikan penentangan ke atas pemerintahan Assad, sebaliknya ia mencetuskan kecaman dan sekatan antarabangsa, ketika kematian melebihi 1,000 orang," katanya. Pengarah Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdelrahman berkata, kebanyakan mereka yang dibebaskan adalah penunjuk perasaan dari pinggir Damsyik, bandar Banias, Homs Latakia, Deraa dan wilayah Hasaka di timur Syria.

    "Pembebasan tahanan bermula Selasa lalu dan berterusan hingga hari ini.
    Berpuluh-puluh orang dipindahkan dari pusat tahanan pusat ke kemudahan tahanan tempatan dan dijadual dibebaskan dalam tempoh terdekat. Kami masih menunggu pembebasan semua tahanan di Syria," katanya.

    Beliau bagaimanapun berkata, pengampunan tidak diberikan kepada penulis blog remaja Taj al-Molouhy, yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun awal tahun ini atas kesalahan mendedahkan maklumat kepada sebuah negara asing. – Reuters


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan