Ahad, 8 Mei 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Osama bin Laden dilapor jaga penampilan

Posted:

Osama bin Laden dilapor jaga penampilan

Osama bin Laden dilapor jaga penampilan


SEDUTAN video yang didedahkan oleh Jabatan Pertahanan AS menunjukkan Osama bin Laden melihat wajahnya sendiri dan Presiden Barack Obama di televisyen di kediamannya di Abbottabad, Pakistan. Empat gambar Osama di atas adalah sedutan dari video berlainan yang digunakannya untuk menyampaikan mesej khas. - AFP


WASHINGTON 8 Mei - Pegawai Amerika Syarikat (AS) semalam mendedahkan menemui video-video luar biasa memaparkan Osama bin Laden yang dirampas ketika serbuan ke atas pemimpin al-Qaeda itu Isnin lalu.

Menurut pegawai perisikan AS itu, Osama ialah seorang pemimpin yang berusaha keras untuk membentuk imejnya.

"Serbuan ke atas Osama oleh 20 anggota tentera elit AS di bandar Abbottabad, Pakistan yang membunuh pengganas yang paling dikehendaki AS itu adalah satu tindakan cemerlang perisikan dalam sejarah.

"Adalah jauh tersasar jika Osama hanya dianggap sebagai tokoh boneka sahaja kerana dia sebenarnya seorang pemimpin yang aktif," kata seorang pegawai kanan perisikan AS yang enggan disiarkan namanya, kepada wartawan di Pentagon.

Rampasan itu termasuklah video digital, audio dan fail, peralatan mesin cetak, peralatan komputer, alat rakaman serta dokumen tulisan tangan.

"Hasil serbuan itu, kami kini memperolehi koleksi terbanyak barangan pemimpin utama pengganas itu. Ini mungkin adalah kejayaan perisikan terbesar dalam generasi kini," ujar pegawai itu.

Lima video yang diperolehi itu telah disiarkan kepada umum, termasuk satu video yang memaparkan Osama duduk berselimut menonton video rakamannya sendiri di televisyen sambil memegang alat kawalan jauh.

Dalam video itu, Osama kelihatan berambut putih, tetapi dalam satu lagi video yang bertujuan untuk diedarkan sebagai propaganda, rambutnya telah diwarnakan hitam.

Audio telah dimatikan dari video itu untuk mengelak kedengaran sebarang kemungkinan mesej pengganas, tambah pegawai perisikan AS itu.

Dalam satu lagi video yang dipercayai untuk 'mesej kepada rakyat AS' dan dirakam pada Oktober atau November tahun lalu, Osama kelihatan rapi dan kemas serta bercakap menggunakan teks yang disediakan.

"Tiga lagi rakaman itu adalah latihan mesej propaganda yang mempunyai masalah cahaya. Ini jelas menunjukkan pemimpin al-Qaeda itu sangat mementingkan imejnya," katanya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PAP digesa berubah, WP jangan besar diri

Posted:

PAP digesa berubah, WP jangan besar diri

PAP digesa berubah, WP jangan besar diri

Daripada MOHAMAD FIKRI ROSLY
pengarang@utusan.com.my

SINGAPURA 8 Mei - Kehidupan rakyat Singapura pada hari pertama selepas pilihan raya umum, kembali kepada norma biasa iaitu kesibukan mengejar masa.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) hari ini kembali berkuasa selepas keputusan penuh Pilihan Raya Umum ke-16 selesai diumumkan kira-kira pukul 3 pagi tadi menyaksikan parti itu membentuk kerajaan dengan 81 kerusi Parlimen.

Bagi Rosman Said, 43, kemenangan PAP adalah bukti parti itu masih lagi relevan dengan rakyat Singapura dan kesinambungan pemerintahan adalah perkara yang baik untuk sesebuah negara.

"Saya harap PAP akan lebih prihatin kepada masalah yang dihadapi rakyat dengan turun padang lebih kerap," katanya ketika ditemui di Hougang di sini hari ini.

Menurutnya, kemenangan pembangkang melalui Parti Pekerja (WP) mempertahankan SMC Hougang dan merampas GRC Aljunied diharap dapat menjadi 'check and balance' di dalam Parlimen.

Seorang penduduk, Mala, 30, yang menetap di GRC 'panas' itu pula menyifatkan kemenangan WP sudah dijangka tetapi parti itu tidak boleh berlagak kerana banyak yang perlu dibuktikan.

"Sebelum ini PAP buat kerja juga di sini. Malah mereka turut bantu saya mendapatkan kediaman sebelum pilihan raya umum," kata jururawat yang mendapat kerakyatan tiga tahun lalu dan mengundi buat kali pertama semalam.

Dia yang bermastautin di Singapura sejak 11 tahun lalu berkata, isu setempat bukan penyebab PAP kehilangan Aljunied tetapi mungkin disebabkan beberapa isu nasional.

Seorang usahawan teknologi maklumat, Dexter Wong, 35, berpendapat pencapaian WP sebagai satu peningkatan namun tidak membawa apa-apa makna sehinggalah lebih ramai pembangkang di Parlimen.

"Dari satu sudut ia perkara baik namun selagi tidak mencecah satu pertiga daripada kerusi Parlimen, belum cukup bagus dari sudut demokrasi," katanya turut mengundi kali pertama di GRC Marine Parade yang sebelum ini dimenangi PAP semasa hari penamaan calon lagi.

Abdul Rahman Ahmad, 46, pula berpendapat, mungkin ramai yang meragui kemenangan PAP tetapi keputusan adalah muktamad dan pemerintah diharap menukar pendekatan mereka.

"Kemenangan mereka adalah pilihan yang dibuat rakyat sendiri, jadi janganlah merungut. Saya pasti mereka (PAP) juga tahu, zaman sekarang tidak sama seperti dulu," katanya.

Menurutnya, perubahan penting kerana George Yeo (Menteri Luar) sendiri mengakui wujud kemarahan kepada PAP dan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, juga berjanji memberi yang terbaik. - UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan