Ahad, 8 Mei 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


'Hantaran' isteri kelima RM15,000

Posted:

'Hantaran' isteri kelima RM15,000

'Hantaran' isteri kelima RM15,000


GAMBAR pasport menunjukkan Amal Al-Sadah.


LONDON - Isteri kelima Osama bin Laden, Amal Al-Sadah mendedahkan bahawa dia rela berkahwin dengan Ketua Al-Qaeda tersebut selepas diberikan hadiah perkahwinan berupa pakaian dan barang kemas yang bernilai AS$5,000 (RM15,000), lapor sebuah akhbar semalam.

Isteri pertama Osama, Saada dilaporkan marah kerana Amal sanggup berkahwin dengan Osama dan hidup sebagai pelarian bersama ketua Al-Qaeda itu di Afghanistan.

Wanita itu dipercayai tidak dapat menerima kenyataan bahawa Amal sanggup meninggalkan kehidupan seperti orang biasa di Yemen.

Namun, perkahwinan tersebut yang berlangsung semasa Amal berusia 17 tahun, mendapat restu keluarganya yang merupakan kakitangan kerajaan Yemen. Malah, mereka berbangga menerima Osama sebagai menantu walaupun mengetahui dia ialah orang paling dikehendaki di dunia.

Amal yang kini berusia 27 tahun, membuat pendedahan tersebut dalam satu wawancara dengan majalah Arab Saudi, el-Majalla di Yemen pada tahun 2002.

Menurut Amal, perkahwinan mereka berlangsung selepas Osama menghantar orang kepercayaannya, Abu Al Fida ke Yemen untuk mencari seorang isteri baharu buatnya.

Osama ketika itu mahukan seorang calon isteri yang alim, murah hati, mendapat pendidikan yang baik, pendiam, tenang dan cukup muda supaya dia tidak mudah cemburu terhadap isteri-isterinya yang lain.

Seorang rakan Amal dalam wawancara dengan majalah Time kemudian memberitahu, wanita itu ialah seorang yang pemalu apabila dia dibawa ke Kandahar, Afghanistan pada 2000 untuk tinggal bersama isteri-isteri Osama yang lain.

Mereka berkahwin di Kandahar semasa Osama berusia 43 tahun.

Dalam wawancara dengan el-Majalla, Amal berkata, selepas serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001, dia pulang ke Yemen bersama anak perempuannya dari Pakistan dengan pertolongan beberapa pegawai Pakistan.

Dalam wawancara tersebut, dia turut menceritakan serba sedikit tentang kehidupannya bersama ketua kumpulan Al-Qaeda itu.

"Apabila AS mula mengebom Afghanistan, kami berpindah ke sebuah kawasan pergunungan bersama beberapa kanak-kanak dan tinggal di dalam beberapa buah gua selama dua bulan sehingga seorang anak lelaki Osama tiba bersama sekumpulan puak tempatan untuk membawa kami pergi bersama mereka," kata Amal.

Dia kemudian dibawa menemui beberapa pegawai Pakistan yang membantunya pulang ke Yemen sebelum kembali semula ke Pakistan juga dengan bantuan mereka.

Wanita itu dan 16 yang lain termasuk dua lagi isteri Osama kini ditahan di sebuah hospital tentera Pakistan di Rawalpindi.

Amal ditembak di kaki oleh pasukan komando AS, Seal, yang membunuh Osama, 54, dalam serbuan di rumah yang dihuni mereka di bandar Abbottabad, sekitar 100 kilometer ke utara Islamabad pada malam Ahad lepas. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki daki gunung kerana gambar

Posted:

Lelaki daki gunung kerana gambar

Lelaki daki gunung kerana gambar


ROBERT BOSCH merakam imej pendaki Pesche Wuthrich mendaki di banjaran Alps di sempadan Itali dan Switzerland.


LONDON - Seorang lelaki, Robert Bosch, 57, menakluki puncak tertinggi dunia iaitu Gunung Everest, Banjaran Alps di Eropah dan banjaran di Antartika semata-mata untuk mendapatkan gambar yang menakjubkan.

Didorong minatnya untuk mendapatkan imej puncak yang hebat dan sempurna, Bosch telah menghabiskan masa hampir 40 tahun dengan mendaki puncak-puncak banjaran utama di dunia.

"Mendaki Everest dengan menyusuri laluan biasa tidaklah sesukar mana untuk seorang pendaki yang berpengalaman," katanya.

"Saya pernah mendaki laluan lereng barat Everest yang sukar tetapi gagal.

"Ramai orang mendaki Everest dan berfikir mereka dapat menulis buku mengenainya tetapi kebanyakan mereka banyak bergantung kepada pemandu arah tempatan dikenali sebagai Sherpa," tambahnya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Scotland adakan referendum kemerdekaan

Posted:

Scotland adakan referendum kemerdekaan

Scotland adakan referendum kemerdekaan


Alex Salmond


EDINBURGH - Scotland semakin menghampiri kemerdekaan daripada Britain selepas Parti Nasional Scotland (SNP) memperoleh kemenangan mengejut dalam pilihan raya tempatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Susulan kemenangan SNP, pemimpinnya, Alex Salmond akan mengadakan satu pungutan suara rakyat bagi merealisasikan kemerdekaan Scotland dalam masa terdekat.

Parti SNP memperoleh kemenangan majoriti sekali gus menguasai Parlimen Scotland. Ia merampas 69 kerusi pada pilihan raya berkenaan yang berlangsung Khamis lalu.

Parti itu menewaskan parti pemerintah, Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri David Cameron yang cuma memperoleh 37 kerusi manakala sebuah lagi parti utama Britain, Parti Konservatif memenangi 15 kerusi.

Britain merupakan sebuah negara merdeka yang terdiri daripada empat buah negeri iaitu England, Ireland Utara, Scotland, dan Wales.

Scotland merupakan sebahagian Britain sejak tahun 1707.

Dari sudut perlembagaan, Perdana Menteri Britain berkuasa untuk menghalang kemerdekaan Scotland tetapi realitinya adalah sukar untuk mengekang hasrat rakyat Scotland yang inginkan pemerintahan sendiri. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan