Ahad, 8 Mei 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


2.2 juta rakyat Singapura keluar mengundi

Posted: 07 May 2011 09:58 AM PDT

SINGAPURA: Rakyat negara ini membuang undi, semalam dengan pihak pembangkang mensasarkan pertambahan bilangan kerusi Parlimen berikutan rasa tidak puas hati pengundi mengenai kos kehidupan yang tinggi, polisi imigresen dan hal lain.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah sejak 1959 dijangka mempertahankan majoriti besar selepas memenangi 82 daripada 84 kerusi pada pilihan raya 2006 tetapi bakal menghadapi cabaran sengit kali ini sejak berdekad lamanya.

Terdapat 2.2 juta pengundi layak memilih anggota Parlimen untuk 82 daripada 87 kerusi selepas satu perlima kawasan dimenangi pasukan PAP yang diketuai pengasas republik itu Lee Kuan Yew tanpa bertanding.

Anaknya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong memimpin PAP dalam pilihan raya untuk kali kedua sejak menjadi ketua kerajaan pada 2004.


Pihak pembangkang hanya memenangi dua daripada 84 kerusi pada pilihan raya 2006 tetapi berazam mendapatkan lebih kali ini dengan meraih simpati pengundi dengan isu seperti harga kediaman yang melambung dan kebanjiran imigran ke negara itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ikrar hancur Al-Qaeda: AS

Posted: 07 May 2011 09:55 AM PDT

WASHINGTON: Kumpulan al-Qaeda dan militan Islam berikrar akan menuntut bela atas kematian Osama bin Laden oleh pasukan komando Amerika Syarikat dengan mengisytiharkannya pejuang syahid serta menyeru umat Islam supaya bangkit menentang AS.

Bagaimanapun, Presiden Barack Obama memperlekehkan reaksi kumpulan itu dan menegaskan AS akan menghancurkan al-Qaeda.


"Kami sudah membunuh ketua mereka dan pasti dapat menewaskan kumpulan itu," kata Obama selepas mengadakan pertemuan secara peribadi dengan anggota pasukan khas yang menyerbu kediaman Osama di Pakistan Isnin lalu sebelum menembak mati pemimpin al-Qaeda itu. Rangkaian pengganas itu yang mengesahkan kematian Osama buat kali pertama mengecam pembunuhan ketua mereka dan menggesa umat Islam Pakistan 'membersihkan negara mereka daripada najis warga Amerika yang menyebarkan rasuah'.

Kumpulan Taliban di Afghanistan turut menyuarakan kecaman - manakala beberapa perhimpunan diadakan selepas solat Jumaat di beberapa negara Islam - sambil menyifatkan kematian Osama hanya mengukuhkan peperangan menentang penjajah Barat.


"Kami menyeru umat Islam di Pakistan di mana Sheikh Osama dibunuh supaya bangkit dan menentang bagi membersihkan pencemaran ini," kata kenyataan al-Qaeda yang dikeluarkan di laman SITE.


Kumpulan itu berikrar rangkaian jihad tidak akan terhapus tetapi pada masa sama tidak mendedahkan siapa pengganti bagi memimpin kumpulan berkenaan. Rumah Putih berkata seluruh negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ekoran ancaman al-Qaeda itu yang berjanji mendedahkan rakaman ucapan Osama hanya seminggu sebelum dia ditembak mati. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan