Kosmo Online - Dunia |
- Kawan rosakkan kereta Lamborghini RM1.1 juta
- Mangsa serangan seks ketua IMF dibimbangi ada HIV
- Tentera Mesir tiada rancangan maafkan Hosni
Kawan rosakkan kereta Lamborghini RM1.1 juta Posted: Kawan rosakkan kereta Lamborghini RM1.1 jutaKERETA Lamborghini Murcielago yang remuk teruk dalam kemalangan di Sydney pada Ahad lalu. SYDNEY - Seorang remaja berusia 22 tahun dilaporkan memandu sebuah kereta sport Lamborghini Murcielago bernilai AS$363,657 (RM1.1 juta) milik kawannya yang melanggar sebuah teksi, lapor sebuah akhbar semalam. Dia memandu kereta itu pada pagi Ahad lalu sebelum hilang kawalan di sebatang jalan raya di Sydney, Australia. Lebih malang lagi, kereta tersebut kemudian bertembung dengan sebuah teksi yang mengakibatkan kedua-dua buah kereta mengalami kerosakan teruk. Pemandu teksi itu merupakan wanita berusia 51 tahun dan dia terperangkap di dalam kenderaan lebih sejam sebelum diselamatkan dengan sebelah kakinya patah. Pemilik kereta Lamborghini Murcielago yang berusia 30 tahun itu mungkin berdepan masalah untuk menuntut kerugian daripada syarikat insurans kerana kereta tersebut tidak diinsuranskan kepada pemandu berusia bawah 25 tahun. Dia memberi pinjam kepada rakannya itu namun keretanya kini sukar untuk dikenali pasti kerana remuk teruk. "Saya menganggap pemandu kereta itu berada (dirawat) dalam ambulans kedua. Sukar dipercayai dia masih boleh berjalan tanpa sebarang kecederaan," kata seorang saksi, Daisy Buckle. Seorang lagi penumpang kereta sport itu yang berusia 26 tahun mengalami cedera ringan di bahagian dada. Kereta sport Lamborghini Murcielago didedahkan kepada umum pada tahun 2002. Pembuat kereta dari Itali itu menggunakan enjin bersesaran 6.2 liter V12. Pihak polis sedang menyiasat kemalangan itu dan akan mendakwa pemandu tersebut kerana memandu secara berbahaya. Seorang jurucakap polis mengesahkan bahawa pemandu itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Mangsa serangan seks ketua IMF dibimbangi ada HIV Posted: Mangsa serangan seks ketua IMF dibimbangi ada HIVNEW YORK - Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn (gambar), 62, yang dituduh menyerang dan cuba merogol seorang pekerja wanita Hotel Sofitel di sini berdepan kebimbangan baharu, lapor sebuah akhbar semalam. Kebimbangan itu adalah kerana pekerja wanita yang berusia 32 tahun itu dikatakan tinggal di sebuah apartmen di Bronx yang dikhaskan untuk penghidap HIV atau AIDS. Pekerja wanita itu yang merupakan pendatang dari Afrika dilaporkan tinggal di rumah tersebut bersama anak perempuannya yang berusia 15 tahun sejak Januari lalu. Sebelum ini, dia tinggal di sebuah lagi apartmen milik pertubuhan kebajikan Harlem Komuniti AIDS. Akhbar itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada pekerja hotel itu menghidap AIDS atau sebaliknya. Namun, pihak kebajikan Harlem menegaskan sekurang-kurangnya seorang penyewa apartmen di bawah seliaannya mestilah individu yang disahkan menghidap penyakit berbahaya itu. "Apartmen itu tidak disewa di bawah namanya," jelas seorang pengurus bangunan tersebut, Chaim Gross. Wanita itu menuduh Strauss-Kahn yang juga disebut-sebut bakal bertanding pilihan raya Presiden Perancis memaksanya melakukan seks oral sebanyak dua kali selain cuba merogolnya ketika dia membersihkan sebuah bilik Hotel Sofitel di Times Square, New York pada Sabtu lalu. Pusat Kawalan Penyakit Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menjelaskan wujud kemungkinan seorang pelaku seks dijangkiti HIV menerusi seks oral. Strauss-Kahn kini ditahan di penjara Rikers Island dan berada di bawah kawalan rapi kerana dibimbangi mungkin akan membunuh diri. Sebelum ini, hakim sebuah mahkamah tidak membenarkan dia diikat jamin. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Tentera Mesir tiada rancangan maafkan Hosni Posted: Tentera Mesir tiada rancangan maafkan HosniKAHERAH - Majlis ketenteraan yang mentadbir Mesir buat sementara menolak spekulasi bahawa ia akan memaafkan bekas Presiden, Hosni Mubarak. Hosni, 83, yang kini sedang disiasat kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa ditahan di sebuah hospital di pusat peranginan Sharm el-Sheikh di negara ini. Isterinya, Suzanne yang juga sakit semasa ditahan pihak berkuasa telah dibebaskan kelmarin selepas bersetuju menyerahkan sejumlah aset tetapi berdepan dengan siasatan rasuah. "Majlis Tertinggi Angkatan Tentera menegaskan tidak terdapat sebarang kebenaran berhubung apa (berita) yang disiarkan oleh media bahawa pihak majlis akan memaafkan bekas presiden dan keluarganya," kata satu kenyataan tentera yang disiarkan di laman Facebook. Hosni meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu selepas penunjuk perasaan berkumpul selama 18 hari di Dataran Tahrir, Kaherah bagi menuntut beliau meletakkan jawatan selepas berkuasa hampir 30 tahun. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan