Khamis, 19 Mei 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Patty kekasih Schwarzenegger

Posted: 18 May 2011 09:48 AM PDT

LOS ANGELES: Sebuah akhbar Internet Amerika Syarikat semalam mendedahkan ibu anak luar nikah bekas Gabenor California, Arnold Schwarzenegger.

Mildred Baena, 50, didakwa mengandungkan anak lelakinya yang kini berusia 14 tahun ketika dia menjadi pembantu rumah bekas gabenor itu yang juga pelakon terkenal Hollywood.


Satu sumber memberitahu Radar Online: "Dialah wanita berkenaan." Gambar baru muncul malam semalam menunjukkan Baena, yang juga dikenali sebagai Patty, bergambar bersama-sama seorang budak lelaki.

Dalam satu laman sosial, Mildred menyifatkan dirinya sebagai 'ibu bapa yang bangga' dan berkata, dia kini berpacaran atau berusaha menjalinkan hubungan yang serius.


Menurut laporan itu, Mildred yang bertanggungjawab menggoda Schwarzenegger supaya mengadakan seks dengannya.


Sebuah lagi akhbar Internet, TMZ, mendakwa pelakon filem Terminator itu tunduk kepada godaan wanita terbabit dan mereka mengadakan seks pada siang hari di rumahnya.

Sumber memberitahu laman web berkenaan, Mildred tidak memberitahu Schwarzenegger bahawa dia adalah bapa anaknya sehingga budak itu pandai berjalan.


Bagaimanapun, pelakon berkenaan bersikap murah hati selepas mengetahuinya.

Mildred berhenti kerja dengan Schwarzenegger Januari lalu selepas 20 tahun berkhidmat.


Anaknya dikatakan sering berada di rumah Schwarzenegger.


Isteri pelakon itu, Maria Shriver kelmarin mendedahkan dia hanya mengetahui mengenai kewujudan budak itu awal tahun ini.


"Ia begitu menyakitkan dan mengecewakan. Sebagai ibu, tumpuan saya ialah pada anak. "Saya mohon belas kasihan, hormat dan privasi ketika saya dan anak berusaha meneruskan kehidupan kami dan menangani masalah ini. Saya tidak ada apa-apa yang hendak dicakapkan lagi," katanya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cuba bunuh diri kerana putus cinta

Posted: 18 May 2011 09:45 AM PDT

CHANGCHUN: Seorang bakal pengantin perempuan yang kecewa cuba terjun dari sebuah bangunan dengan pakaian pengantinnya.

Wanita itu, Li-Wan bertindak demikian selepas teman lelakinya memutuskan hubungan mereka.


Li-Wan yang begitu hampa duduk di atas belebas tingkap tingkat enam sebuah bangunan di wilayah Jilin, China, sambil menangis, beberapa jam selepas teman lelakinya, Wan Lu membatalkan perkahwinan mereka.

Ketika dia terjun dari belebas itu, seorang pengurus sebuah pejabat, Guo Zhongfan berjaya menangkap dan memaut lehernya.


Seorang saksi berkata, di tingkat bawah, ramai lagi orang membantu dengan memegang kaki wanita berkenaan sementara Zhongfan menarik Li-Wan ke atas dengan menggunakan skirtnya yang panjang.


"Dia begitu kecewa selepas percintaannya berakhir. Tetapi selepas kejadian itu, dia sedar dia mempunyai peluang kedua dan perlu menggunakan peluang itu sepenuhnya." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan