Sabtu, 7 Mei 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Pelajar jual dara RM218,062

Posted:

Pelajar jual dara RM218,062

Pelajar jual dara RM218,062


LAMAN web Yantra mempamerkan lelongan dara milik pelajar berusia 21 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle.


AMSTERDAM, Belanda - Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.

Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.

Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut.

Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor.

Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom.

Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam.

Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengasas Facebook beli rumah pertama

Posted:

Pengasas Facebook beli rumah pertama

Pengasas Facebook beli rumah pertama


RUMAH baru yang dibeli oleh Mark Zuckerberg di Palo Alto, California.


PALO ALTO - Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 28, membuat keputusan membeli rumah pertamanya berharga AS$7 juta (RM21.02 juta) di sini setelah tiga tahun menjadi bilionair termuda di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Rumah barunya yang mempunyai lima bilik itu terletak di kawasan kejiranan Crescent Park dan hanya 10 minit perjalanan ke pejabat barunya di Menlo Park.

Dengan kekayaan yang dianggarkan sebanyak AS$13.5 bilion (RM40.54 bilion), dia sebelum ini hanya menyewa sebuah rumah dua tingkat di kawasan Palo Alto, California.

Dia tinggal di rumah tersebut bersama kekasihnya, Priscilla Chan dan mereka dijangka bertunang dalam tempoh terdekat. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk Singapura mengundi hari ini

Posted:

Penduduk Singapura mengundi hari ini

Penduduk Singapura mengundi hari ini

SINGAPURA – Rakyat Singapura yang layak mengundi keluar melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya umum negara berkenaan pada hari ini. Negara tersebut diperintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) sejak tahun 1959. Pada pilihan raya umum lalu dalam tahun 2006, PAP memenangi 66.6 peratus undi dan 82 daripada 84 kerusi Parlimen. Semalam merupakan tempoh bertenang menjelang hari mengundi yang mana parti-parti politik dilarang daripada berkempen. Bagaimanapun, penyiaran program politik di televisyen di samping laporan berita tentang pilihan raya itu adalah dibenarkan. Ia termasuk sejumlah wawancara yang dibuat sebelum ini dan rumusan kempen politik parti-parti yang bertanding.

Singapura memiliki populasi sekitar lima juta orang yang mana 2.35 juta layak mengundi. Sebahagian besar pengundi tersebut tergolong daripada mereka yang mengundi untuk kali pertama. Pilihan raya umum Singapura kali ini disifatkan yang paling menarik kerana PAP di bawah pimpinan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong kini menghadapi tentangan kuat pembangkang. Hsien Loong yang dilantik sebagai perdana menteri pada 2004, akan meneraju PAP untuk kali kedua dalam pilihan raya kali ini. Kali pertama beliau berbuat demikian adalah dalam pilihan raya umum pada tahun 2006.

Rakyat Singapura yang menetap dan bekerja di seberang laut mula mengundi mulai semalam di sembilan pusat pengundian yang terletak di dalam Suruhanjaya Tinggi Singapura, kedutaan atau konsulat. Menurut Jabatan Pilihan Raya Singapura, pengundian bagi warganegara di United Kingdom dan Amerika Syarikat bermula semalam mulai 8 pagi hingga 8 malam manakala bagi mereka yang menetap di Australia, Jepun dan China akan mengundi esok mulai 8 pagi hingga 8 malam. Pusat pengundian itu termasuk di Suruhanjaya Tinggi Singapura di Australia, United Kingdom, Kedutaan Singapura di Jepun, China dan Amerika Syarikat selain Pejabat Konsul Jeneral Singapura di Hong Kong, China.

– Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan