Sabtu, 7 Mei 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Gaddafi tak lepas kuasa

Posted: 30 Apr 2011 03:23 PM PDT

Dunia

SEORANG anggota pemberontak memegang alat pelancar roket berdiri di atas bangunan ketika beribu-ribu orang menunaikan solat Jumaat di Ajdabiyah. - Foto REUTERS

SEORANG anggota pemberontak memegang alat pelancar roket berdiri di atas bangunan ketika beribu-ribu orang menunaikan solat Jumaat di Ajdabiyah. - Foto REUTERS

Pemimpin Libya setuju berunding akhiri konflik berdarah

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muamar Gaddafi berikrar tidak akan melepaskan kuasanya di Libya tetapi bersetuju untuk rundingan bagi mengakhiri konflik ini walaupun pasukannya masih memberi tekanan terhadap pemberontak di bandar pelabuhan Misrata.

Dalam ucapan awal pagi di televisyen Libya semalam, pemimpin itu berkata Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) 'jangan sekali-kali mengharap' untuk melihat Muammar Gaddafi berundur.

"Saya tiada jawatan rasmi untuk diserahkan. Saya tidak akan meninggalkan negara ini dan berjuang hingga mati," katanya yang menambah kenyataan untuk berbincang. "Kami sedia berbincang dengan Perancis dan Amerika tetapi tanpa syarat," kata Gaddafi.

"Kami tidak akan menyerah tetapi saya panggil anda untuk berunding. Jika anda mahu pengawasan, kita akan tandatangan kontrak dengan syarikat anda tetapi tidak berbaloi berperang.

"Antara rakyat Libya, kita boleh menyelesaikan masalah tanpa diserang. Jadi, berundur dan tarik semula jet dan pesawat anda," katanya memberitahu NATO.

Pemimpin veteran itu bertegas yang pertelingkahannya dengan pemberontak adalah pengganas yang bukan dari Libya tetapi Algeria, Mesir, Tunisia dan Afghanistan.
Beliau berkata, rakyatnya menyayanginya seperti bapa kepada mereka, 'lebih suci' daripada Maharaja Jepun kepada rakyatnya.

Sementara itu, NATO menolak tawaran rundingan dengan Gaddafi sebaliknya menggesa beliau menghentikan serangan ke atas penduduk awam sebelum sebarang kompromi boleh dipertimbangkan. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amerika laksana sekatan baru pemimpin Syria

Posted: 30 Apr 2011 03:22 PM PDT

Dunia

AMMAN: Amerika Syarikat menguatkuasakan sekatan baru ke atas pemimpin kanan Kerajaan Syria selepas pasukan keselamatan membunuh lebih 60 orang penunjuk perasaan ketika demonstrasi menuntut Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan melanda seluruh negara.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama meluluskan sekatan itu ke atas individu termasuk adik lelaki Assad yang bertanggungjawab menguruskan tentera di Daraa, dilihat pemerhati sebagai tentangan pertama ke atas tindakan keras Kerajaan Syria.

Obama menandatangani satu arahan eksekutif mengenakan sekatan ke atas agensi perisikan, sepupu lelaki Assad, Atif Najib dan adiknya Maher, yang mengetuai cawangan tentera yang menyerbu ke dalam Deraa Isnin lalu. Pengawal Revolusi Iran yang berkuasa turut menjadi sasaran, dituduh membantu tindakan keras Syria.

Satu sumber perubatan memberitahu Reuters, bahawa tentera membunuh 19 orang di Daraa kelmarin apabila mereka melepaskan tembakan ke arah ribuan penunjuk perasaan yang keluar dari perkampungan berhampiran dalam untuk menunjukkan semangat perpaduan dengan bandar selatan tempat bermulanya tunjuk perasaan kira-kira enam minggu lalu. Keadaan dijangka meruncing.

Kumpulan hak asasi manusia Syria, Sawasiah berkata ia mempunyai senarai nama 62 orang yang terkorban ketika bantahan di Daraa, Rustun, Latakia, Homs dan Qadam, berhampiran Damsyik.

Pemantauan kumpulan hak asasi manusia Syria memberikan angka kematian yang sama.
Pertumpahan darah kelmarin berlaku selepas penunjuk perasaan di seluruh negara sekali lagi tidak mengendahkan tindakan besar-besaran tentera yang mahu menyuraikan mereka.

Sementara itu, diplomat Kesatuan Eropah (EU) berkata mereka sudah mencapai perjanjian awal untuk mengenakan sekatan senjata ke atas Syria dan akan "segera mempertimbangkan langkah lain yang wajar." – Reuters


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan