Sabtu, 7 Mei 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Al-Qaeda sah Osama mati

Posted: 06 May 2011 10:43 AM PDT

ISLAMABAD: Al-Qaeda semalam mengesahkan pemimpinnya, Osama bin Laden mati, sekali gus menghapuskan kekeliruan berhubung kematiannya.

Kumpulan itu juga berikrar untuk melancarkan lebih banyak serangan terhadap Barat berikutan pembunuhan Osama dalam serangan oleh tentera Amerika Syarikat di Pakistan, Ahad lalu.


Pengumuman itu, yang berikrar untuk menyiarkan perutusan Osama yang dirakam sebelum ini, dijangka melenyapkan keraguan yang disuarakan oleh beberapa pihak mengenai kematiannya.

Dalam kenyataan dalam talian menerusi laman Internet yang sering digunakan oleh kumpulan pejuang Islam, ia berkata, 'darah Osama lebih berharga kepada kami dan kepada setiap umat Islam.' "Insya Allah, ia akan kekal menghantui Amerika dan konconya, baik di dalam mahupun di luar negara mereka," katanya. Sehubungan itu, al-Qaeda menggesa rakyat Pakistan bangkit menentang kerajaan mereka sebagai jalan untuk 'membersihkan' negara itu berikutan pembunuhan Osama serta 'kekotoran' yang dibawa oleh Amerika.' "Sebelum Sheikh (Osama) meninggal dunia dan sebelum beliau boleh berkongsi dengan negara Islam kegembiraan revolusinya dalam berdepan dengan penindas, beliau merakam ucapannya, mengucapkan tahniah dan nasihat. "Ia akan disiarkan tidak lama lagi, Insya Allah," kata kumpulan itu.


"Kami memberi amaran kepada rakyat Amerika supaya tidak mengapa-apakan mayat Sheikh (Osama) atau melayannya secara buruk atau mengancam anggota keluarganya, baik yang sudah mati atau yang masih hidup, dan menyerahkan mayat mereka kepada keluarga mereka," katanya.


Pegawai Amerika sebelum ini berkata, mayat Osama dikebumikan di laut. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isteri tak keluar rumah 6 tahun

Posted: 06 May 2011 10:42 AM PDT

ISLAMABAD: Seorang daripada tiga isteri Osama bin Laden berkata, dia tidak pernah meninggalkan tingkat atas rumah yang menjadi tempat persembunyian pemimpin al-Qaeda itu sepanjang enam tahun menetap di situ.

Wanita warga Yaman, Amal Ahmed Abdulfattah berkata demikian kepada pegawai perisik Pakistan yang menyoal siasatnya.


Amal dan dua isteri Osama ditahan pasukan keselamatan Pakistan berikutan serangan terhadap kediaman Osama di bandar Abbottabad Ahad lalu.

Pihak berkuasa Pakistan juga menahan lapan atau sembilan anak pemimpin al-Qaeda itu setelah komando elit Amerika meninggalkan rumah berkenaan. Turut ditemui di rumah terbabit selepas serangan itu ialah mayat tiga lelaki.


Kenyataan ketiga-tiga isteri Osama itu akan membantu mendedahkan bagaimana Osama menghabiskan masa dan bagaimana beliau mengelak daripada ditangkap sepanjang tinggal berhampiran sebuah akademi tentera.


Kenyataan mereka juga penting dalam mendedahkan operasi tentera Amerika di situ.

Seorang pegawai Pakistan berkata, pegawai CIA tidak dibenarkan menemui semua wanita berkenaan.


Dalam pada itu, pegawai perisikan Pakistan terbabit tidak memberitahu sama ada Amal yang cedera di kaki dalam operasi itu turut mengesahkan Osama tinggal di rumah itu sejak 2006.

"Kami masih mendapatkan maklumat daripada mereka," kata pegawai yang enggan dikenali itu.


Dalam pada itu, seorang pegawai kanan perisikan berkata, Osama berdepan dengan masalah kewangan pada hari-hari terakhirnya dan al-Qaeda berpecah kepada dua dengan kumpulan yang besar dikuasai oleh Ayman al-Zawahri.


Pemimpin al-Qaeda itu tinggal di Abbottabad tanpa sebarang pengawal. Pengikutnya juga tidak berada di kawasan berhampiran untuk membantu mempertahankannya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan