Khamis, 28 April 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Kuan Yew menang tanpa bertanding

Posted:

Kuan Yew menang tanpa bertanding

Kuan Yew menang tanpa bertanding


LEE Kuan Yew (tiga dari kanan) disambut oleh sekumpulan penyokongnya sebelum beliau diisytiharkan sebagai menang tanpa bertanding di kerusi parlimen Tanjung Pagar, Singapura semalam.


SINGAPURA - Menteri Mentor, Lee Kuan Yew dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) menang tanpa bertanding bagi kerusi parlimen Tanjong Pagar selepas pembangkang, Perikatan Demokratik Singapura (SDP) tidak menghantar wakil untuk bertanding sehingga masa penamaan calon berakhir semalam.

Kuan Yew yang merupakan bekas Perdana Menteri Singapura menang tanpa bertanding di kawasan itu sejak 1991.

Menurutnya, beliau mahu melihat seseorang bertanding bagi menentangnya tetapi pasukan SDA tidak hadir pada waktu penamaan yang ditetapkan menjelang pukul 12 tengah hari.

"Semua orang tahu bahawa anda perlu mengisi dokumen menjelang pukul 12 tengah hari. Justeru ia adalah percubaan tidak bersungguh-sungguh yang menunjukkan mereka mahu bertanding," kata Kuan Yew selepas beliau menang tanpa bertanding.

Menurut laporan agensi berita Bernama, dalam ucapan terima kasihnya yang dilapor televisyen tempatan, Channel NewsAsia, Kuan Yew memberi jaminan bahawa beliau akan berkhidmat untuk penduduk Tanjong Pagar bagi tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu, Jabatan Pilihan Raya Singapura menyatakan, parti-parti pembangkang buat pertama kali meletakkan calon paling ramai yang bertanding sejak republik itu memperoleh kemerdekaan pada tahun 1965.

Calon-calon dari enam parti pembangkang akan bertanding di 82 kerusi manakala PAP bertanding di 87 kerusi.

Anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong berdepan dengan pilihan raya umum kedua selepas beliau menjadi perdana Menteri pada 2004.

Parti PAP sudah menguasai politik Singapura lebih lima dekad. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Obama dedah sijil lahir

Posted:

Obama dedah sijil lahir

Obama dedah sijil lahir


SIJIL kelahiran Barack Obama yang didedahkan semalam.


WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mendedahkan sijil kelahirannya bagi menamatkan isu bahawa beliau bukan warga AS.

"Kami tidak mempunyai masa untuk kebodohan ini," kata Obama menerusi ucapan yang disiarkan menerusi televisyen dari White House di sini.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa beliau tidak dilahirkan di AS sehingga menyebabkan bilionair terkenal, Donald Trump menghantar para penyiasat ke Hawaii untuk mengesahkan kedudukan sebenar Obama.

Desas-desus itu juga menyebabkan ahli-ahli perwakilan di negeri Arizona mengundi rang undang-undang yang mahukan calon presiden menunjukkan bukti mereka lahir di AS.

Dalam sijil kelahiran yang didedahkan semalam, Obama dinyatakan dilahirkan oleh bapa keturunan Kenya dan ibu warga AS di Hawaii.

Tempat lahir Obama di Hawaii itu sekali gus menyebabkan beliau layak untuk memegang jawatan presiden AS berdasarkan perlembagaan negara ini.

Dokumen kelahiran Obama itu ditandatangani oleh seorang doktor yang menyambut kelahirannya di Hanolulu, Hawaii pada 4 Ogos 1961.

"Saya yakin, bahawa rakyat Amerika dan pemimpin politik Amerika boleh bersatu dalam apa jua cara dan menyelesaikan masalah ini," kata Obama. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengguna Playstation terkejut, kecewa

Posted:

Pengguna Playstation terkejut, kecewa

Pengguna Playstation terkejut, kecewa


GAMBAR fail menunjukkan seorang lelaki bermain permainan Sony PlayStation 3 di Tokyo, Jepun pada 9 November 2006.


TOKYO – Syarikat Sony Corp memberi amaran bahawa penggodam mencuri nama, alamat dan kemungkinan kad kredit daripada 77 juta pengguna akaun rangkaian permainan video dalam talian Playstation.

Pendedahan itu merupakan salah satu daripada pencerobohan maklumat keselamatan di internet yang paling besar pernah berlaku.

Syarikat gergasi elektronik dari Jepun itu tidak memberitahu mengenai kecurian maklumat tersebut sehingga kelmarin, beberapa jam selepas ia mempamerkan komputer tablet pertama keluarannya.

Tindakan Sony menangguhkan pengumuman mengenai penggodaman itu mencetuskan kemarahan pengguna-pengguna gajet tersebut, hampir 90 peratus daripadanya di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Perasaan marah dalam kalangan pengguna permainan itu diluahkan di laman forum PS3news.com.

"Jangan membeli apa-apa pun yang berkaitan dengan Sony.

"Saya perlu menukar semua akaun manakala kad kredit dikeluarkan semula untuk melindungi diri saya daripada kegagalan Sony," kata seorang anggota forum tersebut, Jarvis.

Para pembeli-belah di London menyatakan mereka akan keluar dari rangkaian Playstation yang membolehkan mereka bermain permainan bersama 77 juta pengguna.

Salah seorang pengguna yang hanya dikenali sebagai Albert berkata, dia terpaksa menimbang semula sama ada untuk menggunakan permainan tersebut. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan