Kosmo Online - Dunia |
- Cubaan NATO bunuh Gaddafi
- Perkhidmatan Blackberry akan disekat di UAE
- Wakil rakyat minta maaf kepada umat Islam
Posted: Cubaan NATO bunuh GaddafiPEJABAT Muammar Gaddafi dibom oleh jet tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara TRIPOLI - Bom-bom yang digugurkan jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memusnahkan pejabat Muammar Gaddafi (gambar kecil) di kediaman pemimpin Libya itu di sini semalam selepas tentera pemberontak terus mara untuk menggempur tentera Gaddafi di bandar Misrata. Beberapa letupan kuat menggegarkan bandar raya ini sejurus selepas tengah malam apabila pesawat-pesawat NATO terbang melintasi ibu kota Libya itu. Seorang pegawai Libya yang mengiringi sekumpulan wartawan di halaman kediaman pejabat Gaddafi menyatakan, 45 orang cedera dengan 15 parah dalam serangan tersebut. Pegawai berkenaan berkata, beliau tidak tahu sama ada terdapat mangsa yang maut atau cedera di bawah timbunan runtuhan berkenaan. "Serangan itu satu percubaan untuk membunuh Gaddafi," katanya. Anak lelaki pemimpin Libya itu, Saif Al-Islam menyifatkan pengeboman oleh NATO tersebut sebagai perbuatan pengecut. "Serangan pengecut ini ke atas pejabat Gaddafi mungkin menakutkan kanak-kanak tetapi kami tidak akan meninggalkan medan perang ini dan kami tidak takut," katanya. Terdahulu pada petang Jumaat lepas, jet-jet NATO telah menyerang daerah Al-Aziziyah yang menempatkan pekarangan istana Gaddafi. Sementara itu di Misrata yang terletak 215 kilometer ke timur bandar ini, askar-askar pemberontak mencatat kemenangan besar dalam pertempuran sengit di sebatang jalan utama di bandar berkenaan kelmarin. Kemenangan pemberontak dicapai selepas 50 hari penduduk Misrata menjadi sasaran serangan meriam dan peluru penembak tepat Gaddafi. "Saya dan keluarga terpaksa bersembunyi selama 50 hari untuk mengelakkan diri daripada tembakan penembak tepat," kata seorang penduduk Misrata, Muftah Emeitiq, 45, yang gembira dengan kemaraan pemberontak di bandar itu. Pergolakan di Libya bermula sejak 15 Februari lalu apabila penduduk bandar Benghazi berhimpun menuntut lebih banyak kebebasan hak asasi. Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi pertempuran melibatkan kumpulan pemberontak dengan tentera Gaddafi. Tentera Barat diketuai Amerika Syarikat kemudian melakukan serangan bagi menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya selepas dipersetujui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Serangan itu kemudian diambil alih oleh NATO bagi mengelak tentera Gaddafi melakukan serangan ke atas orang awam. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Perkhidmatan Blackberry akan disekat di UAE Posted: Perkhidmatan Blackberry akan disekat di UAEDUBAI - Pihak berkuasa Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan meneruskan pelan untuk melaksanakan sekatan lebih ketat ke atas perkhidmatan telefon pintar Blackberry di negara itu bermula minggu depan, menurut seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat telekom di UAE. Namun, CEO firma telekomunikasi berkenaan, Osman Sultan memberitahu wartawan semalam bahawa beliau menjangkakan pelaksanaan sekatan tersebut pada 1 Mei depan tidak akan mendatangkan masalah kepada pengguna Blackberry di negara itu. Menurutnya, pengguna masih boleh mengakses e-mel, melayari Internet dan menggunakan perkhidmatan mesej BlackBerry. Syarikatnya dan pesaingnya, Etilasat yang kedua-duanya dimiliki oleh kerajaan, diwajibkan melaksanakan polisi baharu itu yang mengehadkan akses pada server Blackberry Enterprise untuk syarikat yang memiliki lebih 20 akaun. Sistem tersebut menyediakan komunikasi paling selamat untuk telefon pintar berkenaan dan ia digunakan oleh banyak syarikat telekomunikasi dan agensi kerajaan. - AP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Wakil rakyat minta maaf kepada umat Islam Posted: Wakil rakyat minta maaf kepada umat IslamTAIPEI - Seorang wakil rakyat Taiwan memohon maaf kepada umat Islam semalam selepas beliau dan isterinya melabelkan orang Islam sebagai militan dan menyamakan mereka dengan ketua kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden ketika beliau berjenaka dalam satu rapat umum politik. "Saya memohon maaf jika apa yang kami katakan di pentas membuatkan orang Islam marah," kata ahli politik berkenaan, Yu Tien daripada parti pembangkang, Parti Demokratik Progresif (DDP). Peristiwa kontroversi itu berlaku semasa Tien dan isterinya, Lee Ya-Ping berkempen mewakili parti mereka. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan