Selasa, 26 April 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Ancam serang hari perkahwinan

Posted: 25 Apr 2011 09:28 AM PDT

LONDON: Pihak berkuasa keselamatan Britain tidak menolak kemungkinan berlaku serangan pengganas pada hari perkahwinan Putera William dan Kate Middleton, Jumaat ini.

Sehubungan itu, kawalan ketat dikuatkuasakan di seluruh London sebagai persediaan. Kerajaan juga mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan serangan di tempat lain selepas diberi amaran bahawa Tentera Republikan Ireland (IRA) mungkin merancang kekacauan di Belfast dan Londonderry.


Serangan itu bertujuan membayangi majlis perkahwinan William dengan Kate di Westminster Abbey. "Kumpulan perisikan memberi amaran, ancaman itu benar dan menunjukkan kemungkinan yang tinggi," kata satu sumber kepada akhbar Daily Mirror. Ancaman itu dibincangkan dalam sesi taklimat agensi perisikan MI5 kepada Kementerian Dalam Negeri.

Sumber itu menambah: "Langkah berjaga-jaga diambil walaupun sukar dipercayai kumpulan itu mampu melancarkan serangan di London Jumaat ini." Ancaman keganasan itu timbul selepas anggota polis, Ronan Kerr, 25, terbunuh dalam satu letupan dekat kediamannya di Omagh awal bulan ini.


Anggota polis muda itu baru baru selesai menjalani latihan apabila menjadi sasaran kumpulan pengganas IRA. Minggu lalu kumpulan menggelar diri mereka 'the IRA' mendakwa bertanggungjawab atas pembunuhan itu.


Ahli politik bimbang pembunuhan itu akan mencetuskan siri baru serangan sama seperti yang berlaku di utara Ireland pada awal 1990. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Carla Bruni akhirnya hamil

Posted: 25 Apr 2011 09:24 AM PDT

PARIS: Tiga tahun selepas mengahwini Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy berikutan hubungan cinta yang romantik, kini Carla Bruni hamil anak sulung mereka, lapor satu sumber, semalam.

Wanita berusia 43 tahun itu dikatakan berada dalam minggu awal kehamilan, bermakna anak itu akan dilahirkan sebelum pilihan raya musim bunga depan apabila Sarkozy berharap untuk menang bagi penggal kedua.


Istana Elysee mahupun menteri kanan tidak menafikan dakwaan itu, sambil menjelaskan mereka tidak dapat memberi kenyataan kerana hal itu adalah kehidupan peribadi pasangan terbabit. Laporan mengenai kehamilan Carla dipaparkan dalam edisi terkini majalah Perancis, Closer dengan tajuk utama 'Hamil Akhirnya'.

Majalah itu melaporkan menteri Kabinet sudah diberitahu mengenai kehamilan berkenaan tetapi diminta tidak menyebutnya kerana masih di peringkat awal.


Kandungan itu adalah anak kedua Carla. Dia mempunyai anak lelaki, Aurelien, pada 2001 bersama bekas kekasihnya, ahli falsafah Perancis, Raphael Enthoven. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan