Berita Harian: Dunia |
Posted: 26 Apr 2011 06:37 AM PDT Dunia CHAVEZ dihantar pulang sebaik tiba di lapangan terbang. BANDARAYA MEXICO: Hasrat seorang remaja Mexico yang melancarkan mogok lapar 16 hari untuk mendapatkan undangan bagi menyaksikan upacara perkahwinan Putera William dan Kate Middleton, tidak kesampaian apabila dia dihantar pulang sejurus tiba di lapangan terbang. Pegawai imigresen di London tidak membenarkan Estibalis Chavez, 19, masuk ke Britain dengan alasan dia tidak mempunyai cukup wang untuk tinggal selama tiga minggu di negara itu. Chavez melancarkan mogok lapar selama 16 hari di luar Kedutaan British di Mexico Februari lalu dalam usahanya mendapatkan undangan ke perkahwinan diraja itu.Seorang pelobi, Octavio Fitch Lazo yang bersimpati dengan kesungguhan Chavez, membayar tiket kapal terbang untuknya ke London. Beliau berkata, Chavez memaklumkan kepadanya bahawa dia sudah dihantar ke Sepanyol selepas pegawai kastam Britain memberitahu bahawa remaja itu tidak mempunyai wang yang cukup dan tempat selamat untuk tinggal selama tiga minggu seperti yang dirancangnya. Chavez yang berharap dapat sekurang-kurangnya menyaksikan majlis keramaian sempena upacara perkahwinan pasangan diraja itu bagaimanapun tidak dapat dihubungi Fitch berkata remaja itu diberitahu bahawa dia akan dibenarkan masuk ke Britain jika ada seseorang yang boleh menjemputnya di lapangan terbang.
Chavez meninggalkan Bandar Raya Mexico Khamis lalu dengan membawa bersama sepucuk surat daripada wakil Putera William. Ramai penduduk Mexico mengecam Chavez dan menggelarnya 'wanita gila di kedutaan' ketika melancarkan mogok lapar berseorangan di sebuah khemah Februari lalu. Fitch meminjamkan wang sebanyak 15,000 pesos (RM3,775) untuk membeli tiket kapal terbang ke London. Beliau juga membawa remaja itu ke lapangan terbang dengan kenderaannya. "Setakat ini saya sudah menerima tiga emel dari Chavez, satu daripadanya dengan kata-kata 'tolong saya'. Dia sedang berusaha untuk kembali ke Britain. Setakat ini kami tidak tahu bagaimana dia akan melakukannya," katanya. – AP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pelakon Mexico amal kahwin palsu Posted: 26 Apr 2011 06:36 AM PDT Dunia LOS ANGELES: Seorang bintang drama bersiri Mexico didakwa mengamalkan kahwin palsu untuk tinggal di Amerika Syarikat dihukum penjara selama 30 hari selepas mengaku berbo-hong ketika satu proseding imigresen.Fernanda Romero dan suaminya, Kent Ross, dilaporkan berusaha agar tidak dihukum selepas mengemukakan rayuan dalam kes itu. Bagaimanapun, Hakim daerah Amerika Syarikat, Manuel Real menyifatkan kes itu sebagai serius di mana kedua-dua mengaku bersalah membuat kenyataan palsu dan mengarahkan mereka untuk menjalani hukuman pada hujung minggu mulai Jun. Pendakwa meminta Romero membayar denda berjumlah AS$5,000 (RM15,100) dan menjalani tempoh pengawasan selama lima tahun. Real juga bersetuju menukarkan hukuman Romero dan Ross, kedua-duanya berusia 28 tahun dengan pengawasan tetapi tidak meminta mereka membayar denda."Ia amat mengecewakan. Romero kesal dengan apa yang berlaku," kata peguam Romero, Vicki Podberesky, selepas perbicaraan. Aktres kelahiran Mexico itu terbabit dalam beberapa filem Amerika Syarikat seperti filem seram 2009, Drag Me to Hell tetapi lebih dikenali kerana sering muncul dalam 'soap opera' Mexico, Eternamentu Tuya. Kehidupan Romero dan Ross sejak beberapa tahun lalu adalah seperti sebuah telenovela di mana ejen persekutuan menahan mereka pada April kerana disyaki menipu pegawai imigresen.
Pendakwa mengemukakan bukti bahawa Romero dan Ross tinggal di rumah berasingan, bertentangan dengan maklumat kedua mereka berikan dalam borang imigresen. – AP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan