Kosmo Online - Dunia |
- NATO setuju Gaddafi berundur
- Keadaan kesihatan Hosni Mubarak stabil
- Zeta-Jones dirawat di hospital mental
Posted: NATO setuju Gaddafi berundurBEBERAPA pemberontak bersolat di sebuah gurun di pinggir bandar Ajdabiya, Libya semalam. PARIS – Negara-negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) semalam menegaskan bahawa tujuan utama mereka di Libya adalah untuk menamatkan pemerintahan rejim Muammar Gaddafi. Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton menyatakan dunia mesti meningkatkan sokongan kepada pemberontak Libya yang menentang kepimpinan Gaddafi. Usaha menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya menjadi agenda utama dalam mesyuarat dua hari menteri-menteri luar 28 buah negara anggota NATO. Serangan udara selama tiga minggu yang dilihat gagal melemahkan tentera Gaddafi nyata memberi tekanan kepada tentera sekutu Barat. Walaupun bersetuju Gaddafi mesti disingkirkan, mereka kurang pasti bagaimana untuk merealisasikannya. Itali mencadangkan supaya kuasa Barat membekalkan senjata kepada kumpulan pemberontak. Menurut jurucakap Kementerian Luar Perancis, Bernard Valero berkata, pihaknya menyifatkan tindakan NATO masih belum cukup. Malah beliau menggesa negara-negara lain supaya mengenakan tindakan yang lebih berkesan dan pantas. Kumpulan pemberontak pula meminta tentera AS untuk kembali memegang peranan lebih besar dalam kempen serangan udara. Namun, pentadbiran Presiden Barack Obama dilihat berpegang dengan pelannya yang ingin kekal sebagai penyokong. Jabatan Pertahanan AS menegaskan Washington telah menerbangkan 35 peratus misi tentera udaranya dalam tempoh 10 hari lepas. "Memandangkan misi kita berterusan, perpaduan antara anggota NATO amat penting. Gaddafi sedang menguji kesungguhan kita. "NATO perlu meningkatkan misi politik, diplomatik dan ekonomi untuk menekan dan menjatuhkan rejim Gaddafi," kata Hillary. Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen menegaskan pihaknya benar-benar terlibat dalam operasi-operasi untuk melindungi rakyat Libya selain mengambil apa jua langkah bagi menghalang serangan kejam dan sistematik tentera Gaddafi. Dalam mesyuarat yang sama, NATO turut mengutarakan usaha-usaha untuk menyerahkan tanggungjawab keselamatan di Afghanistan kepada pihak berkuasa negara tersebut. Pergolakan di Libya bermula pada 15 Februari lalu ekoran kejayaan penunjuk perasaan yang berjaya mengakibatkan Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan sebagai Presiden Tunisia pada Januari lalu. Pemberontakan itu juga mendapat ilham kejayaan para penunjuk perasaan yang berjaya mengakibatkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir pada Februari lalu. Setakat ini, pertempuran masih berlaku melibatkan para pemberontak dengan tentera Gaddafi di Libya. NATO kini mengambil kawalan menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya daripada tentera bersekutu diketuai AS. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Keadaan kesihatan Hosni Mubarak stabil Posted: Keadaan kesihatan Hosni Mubarak stabilSEORANG anggota polis memeriksa bunga yang akan dihantar untuk Hosni Mubarak oleh orang awam dekat sebuah hospital di Sharm el-Sheikh, Mesir semalam. KAHERAH - Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak, 82, yang ditahan untuk disiasat berkaitan keganasan ke atas penunjuk perasaan kini berada dalam keadaan stabil selepas diserang sakit jantung, lapor agensi berita rasmi MENA dalam satu kenyataan ringkas semalam. Penunjuk perasaan yang berjaya menyebabkan Hosni meletakkan jawatan pada Februari lalu menyifatkan penahanan pemimpin itu dan dua orang anaknya iaitu Gamal dan Alaa sebagai 'langkah positif' yang diambil oleh pihak tentera yang memerintah negara ini buat sementara waktu. Ketiga-tiga mereka ditahan selama 15 hari mulai Rabu lalu. Hosni dihantar ke sebuah hospital di pusat peranginan Sharm el-Sheikh, Mesir selepas beliau mengalami serangan jantung semasa disoal siasat oleh pendakwa raya pada Selasa lalu. Beliau ditahan di sebuah hospital di sini dengan kawalan keselamatan yang ketat. Gamal dan Alaa pula ditahan di kompleks penjara Tora di Kaherah yang turut dihuni oleh beberapa orang bekas pegawai pemerintah dan tahanan politik Mesir. Ketua pendakwa raya, Abdel Maguid Mahmud mengesahkan penahanan selama 15 hari itu sebagai sebahagian daripada inkuiri ke atas penggunaan tentera terhadap penunjuk perasaan sepanjang kekacauan pada Januari dan Februari lalu. Sekutu Hosni sejak sekian lama, Amerika Syarikat terus berdiam diri berkaitan perkembangan itu sambil menyifatkan penahanan tersebut sebagai masalah dalaman Mesir. Hosni didakwa mengarahkan tembakan dilepaskan ke arah penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat bermula pada 25 Januari lalu. Hampir 800 orang maut dalam tempoh tersebut. Beliau meletak jawatan pada 11 Februari setelah kekacauan berlarutan selama 18 hari. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Zeta-Jones dirawat di hospital mental Posted: Zeta-Jones dirawat di hospital mental
NEW CANAAN - Pelakon terkenal, Catherine Zeta-Jones menjalani rawatan kemurungan di sebuah hospital mental di New Canaan, Connecticut, Amerika Syarikat pada Rabu lalu, lapor sebuah akhbar semalam. Dia dimasukkan ke hospital itu selepas menghadapi tekanan akibat suaminya yang merupakan aktor hebat, Michael Douglas bergelut untuk memulihkan penyakit kanser yang dihidapinya. Aktres berusia 41 tahun itu dimasukkan ke Hospital Silver Hill di sini dan dia ditempatkan di wad pesakit yang mengalami masalah alkohol dan dadah. Dia yang terkenal dengan filem The Mask of Zorro dirawat di hospital tersebut bersama 10 hingga 15 pesakit lain selama lima hari. Bayaran rawatan di hospital itu ialah AS$1,258 (RM3,805) sehari. Jurucakap aktres itu mengesahkan bahawa Zeta-Jones menerima rawatan kesihatan mental bagi membantu dirinya menghadapi trauma dalam kehidupan peribadi. "Selepas bergelut dengan tekanan sejak beberapa tahun lepas, Zeta-Jones mengambil keputusan untuk menjalani rawatan mental selain tinggal di hospital selama beberapa hari. "Keadaan aktres itu semakin baik dan dia tidak sabar untuk memulakan penggambaran dua filem baharu tidak lama lagi," jelas seorang jurucakap Zeta-Jones. Pelakon kelahiran Wales itu melangsungkan perkahwinan dengan Douglas, 66, pada tahun 18 November 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata. Douglas disahkan menghidap kanser tahap keempat pada tahun lalu dan menjalani rawatan kemoterapi. Doktor bagaimanapun memberitahu bahawa Douglas bebas daripada penyakit itu Januari lalu selepas melakukan rawatan selama enam bulan. Menurut majalah National Enquirer, Douglas menemani isterinya itu semasa dia mendaftar masuk ke hospital tersebut dengan menggunakan nama Terrie Kirny. Seorang saksi di hospital itu memberitahu majalah berkenaan bahawa Zeta-Jones kelihatan gembira semasa dia berada di hospital berkenaan. Zeta-Jones dilihat menyertai pesakit lain makan, joging dan bermain poker sebelum tidur. Satu sumber keluarga aktres itu menyatakan bahawa tekanan yang dihadapinya hampir tidak dapat ditanggungnya. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan