Harian Metro: Global |
Posted: 14 Apr 2011 10:20 AM PDT LOS ANGELES: Catherine Zeta-Jones dilaporkan menjalani rawatan kerana kemurungan melampau akibat tekanan dengan keadaan suaminya, Michael Douglas, berjuang melawan kanser. Aktres berusia 41 tahun itu dimasukkan ke Hospital Psikiatrik Silver Hill di New Canaan, Connecticut, semalam dan dia akan berkongsi wad dengan penagih arak serta dadah.
Katanya, Catherine akan berada di hospital itu selama lima hari.
Douglas disahkan menghidap kanser kerongkong tahap empat tahun lalu dan terpaksa menjalani rawatan bagi memulihkannya.
Catherine menampakkan tanda bermasalah berdepan dengan emosinya apabila dia menangis secara terbuka ketika menghadiri sebuah konsert di Cardiff, September tahun lalu.
|
J-Lo wanita tercantik di dunia Posted: 14 Apr 2011 10:18 AM PDT NEW YORK: Majalah People memilih Jennifer Lopez sebagai wanita tercantik di dunia, meletakkan dirinya sebaris dengan sejumlah selebriti lain sebelum ini, termasuk Halle Berry, Jennifer Garner dan Beyonce Knowles. Penyanyi dan pelakon kelahiran New York City itu kini menjadi juri program realiti televisyen American Idol.
"Lebih membanggakan, saya bukan berusia 25 tahun!" katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan