Berita Harian: Dunia |
Posted: 15 Apr 2011 12:41 PM PDT Dunia Penyerang maut, disahkan serangan bunuh diri di rumah ibadat IndonesiaJAKARTA: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 26 lagi cedera termasuk ketua polis daerah, dalam satu serangan bom bunuh diri pada awal solat Jumaat di masjid At-Taqwa dalam kompleks polis di Jawa Barat, semalam. Serangan bom itu, yang pertama ke atas sebuah masjid di Indonesia, berlaku ketika umat Islam di kawasan sekitar mula menunaikan solat Jumaat. "Kami mengesyaki ia serangan bom bunuh diri. Kejadian berlaku di masjid yang terletak di halaman ibu pejabat polis daerah Cirebon, ketika umat Islam baru memulakan solat Jumaat," kata jurucakap polis Indonesia, Anton Bachrul Alam.Beliau berkata, seorang lelaki disyaki suspek pengebom, terbunuh dalam letupan itu yang berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari waktu tempatan. "Diharapkan perkara seperti ini tidak akan berulang. Sekurang-kurangnya 26 orang cedera, ramai di kalangan mangsa adalah anggota polis, termasuk ketua polis Cirebon," katanya. Seorang saksi, Anton, berkata pengebom memakai baju berwarna hitam dan ikut bersolat, "Lelaki itu sedang bersolat dan dia berada di saf ketiga. Tiba-tiba letupan kedengaran sebaik imam melaungkan 'Allahu Akbar'. Saya berada di saf terakhir. Ia serangan bom bunuh diri dan lelaki itu juga menemui ajal," katanya.
"Dia mungkin pakai jaket kalis peluru di sebalik jubah hitamnya dan duduk dekat puluhan jemaah lain sebelum meletupkan bom," katanya. Jurucakap hospital berdekatan, Yeni Rahmawati, berkata ramai mangsa yang dihantar mengalami luka di tangan, kaki dan dada. Penganalisis perisikan, Mardigu Wawiek Prasantyo berkata serangan bom ketika solat Jumaat memberi petunjuk bahawa militan di Indonesia kini mempunyai 'pendirian lebih keras'. Walaupun militan di Afghanistan, Pakistan dan Iraq tidak teragak-agak menyerang masjid tempat 'musuh' mereka berhimpun, kejadian ini adalah yang pertama di Indonesia. Indonesia dengan majoriti daripada 240 juta penduduknya beragama Islam, pernah digegarkan beberapa letupan bom oleh militan Jemaah Islamiah, termasuk serangan di Bali yang menyebabkan 202 orang terbunuh, termasuk 88 pelancong Australia. Pada 2009, dua penyerang meletupkan bom di dua hotel mewah di Jakarta menyebabkan tujuh orang maut. – AFP/Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Jurugambar akhbar dihempas tsunami selamat Posted: 15 Apr 2011 12:38 PM PDT Dunia TOKYO: Seorang jurugambar akhbar yang terselamat dalam kejadian tsunami Jepun, mendapat tumpuan media negara itu, semalam.Toya Chiba dilihat berpaut pada sebuah peti telefon di mana mangsa lain sedang berlindung di situ ketika ombak besar menghanyutkan kereta di pelabuhan Kamaishi, wilayah Iwate. Beliau ketika itu hampir dihempap kenderaan sebelum dihanyutkan arus ke Kamaishi, lapor agensi berita Kyodo. Toya dibawa sejauh 100 kaki oleh ombak terbabit sebelum dapat berpaut pada tali dan menyelamatkan dirinya daripada terus dihanyutkan air setinggi 8 meter selepas ditolak arus sejauh 30 meter.Beliau hanya mengalami luka dan lebam. Maharaja Akihito melawat zon bencana semalam ketika krisis nuklear berterusan. Gambar ini dirakamkan pada 11 Mac 2011 dan disiarkan oleh Pejabat Pelabuhan Kamaishi melalui agensi berita, kelmarin. Sementara itu, kerajaan Jepun semalam mengarahkan pengendali loji nuklear yang terjejas akibat tsunami dan menyebabkan radiasi membayar pampasan sebanyak AS$12,000 (RM36,000) kepada setiap isi rumah yang diarahkan berpindah dari kawasan terbabit. Ada yang terpaksa keluar beratus-ratus kilometer ke ibu pejabat Tokyo Electrik Power Co (TEPCO) di Tokyo untuk memohon pampasan mereka. Hiroaki Wada, jurucakap Kementerian Perdagangan berkata bahawa TEPCO akan membayar pampasan secepat mungkin di mana keluarga dipaksa untuk berpindah akan mendapat sekurang-kurangnya 1 juta yen (AS$12,000) manakala individu akan mendapat 750,000 yen (RM27,261). "Ada kira-kira 150 pusat pemindahan di sekitar. Ia akan mengambil masa sehingga semua orang mendapat wang. Tetapi, kami mahu syarikat itu segera membantu untuk membiayai kehidupan penduduk," kata Menteri Perdagangan, Banri Kaieda dalam sidang media. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan