Harian Metro: Global |
Posted: 25 Mar 2011 09:23 AM PDT PENDUDUK di Tarlay, wilayah Shan, Myanmar, meninjau keadaan jalan raya selepas gempa bumi, semalam. YANGON: Sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dan beratus-ratus penduduk hilang tempat tinggal selepas gempa bumi melanda Myanmar lewat kelmarin. Pekerja bantuan berkata, ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum jumlah kerosakan sebenar dapat diketahui.
Bangunan berhampiran pusat gempa runtuh sementara penduduk di seluruh wilayah berkenaan yang ketakutan meninggalkan kediaman masing-masing apabila gegaran selepas gempa berterusan semalam.
Dalam pada itu, sembilan pejabat kerajaan di bandar Tarlay, antara kawasan paling teruk terjejas, rosak teruk.
"Kami berusaha menjejaki kawasan pedalaman," kata seorang pegawai.
Di Yangon, Pengarah Badan Kebajikan Wawasan Dunia, Chris Herink berkata, jumlah korban terus meningkat.
|
Posted: 25 Mar 2011 09:22 AM PDT TRIPOLI: Orang awam - termasuk wanita - adalah antara mangsa pengeboman tentera Bersekutu dalam serangan terbaru ke atas ibu negara Libya, kata pegawai kerajaan dan kakitangan hospital, semalam. Menurut pegawai kerajaan, jumlah kematian sejak serangan bermula awal pagi Ahad lalu mencapai 100 orang.
Pekerja rumah mayat, Ahmed Hussein, berkata dia menguruskan mangsa serangan ke atas lokasi awam dan tentera.
Pada masa sama, tentera Bersekutu terus menafikan mereka menyerang lokasi awam dalam usaha menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya.
Tiga daripada mayat itu adalah wanita berpakaian biasa, manakala kebanyakan mangsa lain mengenakan pakaian seragam tentera.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan