Berita Harian: Dunia |
Radiasi semakin banyak dilepaskan Posted: 26 Mar 2011 01:31 PM PDT Dunia TOKYO: Paras radioaktif di perairan berhampiran loji nuklear Daiichi, Fukushima semakin meningkat semalam, dua minggu selepas ia mengalami kebocoran akibat gempa bumi 9 skala Richter disusuli ombak tsunami. Seramai 700 jurutera bertungkus-lumus mengepam air radioaktif dari loji yang terletak 240 kilometer ke utara Tokyo, bagi menstabilkannya selain menggerakkan semula pam air bagi menyejukkannya. Ada pihak mengesyaki reaktor itu bocor selepas tentera Amerika Syarikat turut membantu usaha menyejukkannya.Agensi keselamatan nuklear berkata, ujian menunjukkan tahap iodin radioaktif melonjak ke paras 1,250 kali lebih tinggi berbanding kadar normal di sekitar kawasan perairan di loji berkenaan. Perkembangan terbaru di loji dan radiasi itu menyebabkan pihak berkuasa kini menggerakkan operasi memindahkan penduduk dalam lingkungan 20 hingga 30 kilometer dari loji nuklear berkenaan. Selain itu, di Tokyo, bandar 13 juta penduduk, mencatat tahap radiasi 0.22 mikrosievert sejam, enam kali ganda paras normal. Tetapi, seorang pegawai di Kementerian Sains mengesahkan bahawa tahap radiasi harian di kawasan 30 kilometer ke barat laut loji berkenaan, paras melebihi had setahun. Begitupun, pegawai kanan dari Agensi Keselamatan Industri dan Nuklear Jepun, Hideko Nishiyama berkata, pencemaran yang berlaku memberi risiko kecil kepada kehidupan laut. "Arus lautan akan memecahkan zarah radioaktif dan menjadi sangat cair ketika dimakan oleh ikan atau hidupan laut lain," katanya. Nishiyama berkata, pihaknya sedang berusaha mencari jalan untuk menulenkan air di kawasan laut di situ agar tidak menjejaskan alam sekitar. Air mengandungi sisa radioaktif ditemui di dalam bangunan yang menempatkan tiga daripada enam reaktor yang terjejas di loji berkenaan. Khamis lalu, tiga pekerja melecur di reaktor nombor 3 selepas terdedah kepada paras radiasi 10,000 kali ganda lebih tinggi daripada paras normal di loji terbabit. Reaktor ini adalah satu-satunya menggunakan campuran plutonium dan uranium. Plutonium adalah isotop radioaktif paling bahaya. Tidak hairanlah, di sebalik jaminan pihak berkuasa, perkembangan terbaru meningkatkan kebimbangan ke atas eksport makanan laut Jepun. Krisis nuklear di loji Daiichi Fukushima, kini membayangi usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa dan tsunami yang melanda Jepun 11 Mac lalu dan menyebabkan lebih 27,500 orang terbunuh atau hilang. Ada negara sudah mengeluarkan larangan ke atas susu dan keluaran hasil pertanian dari wilayah di sekitar loji itu. – Reuters/Agensi Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Penentang Gaddafi tawan Ajdabiya Posted: 26 Mar 2011 01:26 PM PDT Dunia SEBAHAGIAN pemberontak Libya meraikan kejayaan menawan Ajdabiya di atas sebuah kereta kebal tentera kerajaan di Ajdabiya, semalam. AJDABIYA: Pemberontak Libya menawan bandar minyak strategik Ajdabiya semalam, menandakan kejayaan pertama mengatasi tentera kerajaan yang setia kepada Muammar Gaddafi selepas dibantu serangan udara tentera bersekutu seminggu lalu. Pemberontak disokong pengeboman udara tanpa henti tentera Barat, memasuki bandar ketika kereta kebal yang musnah dan kenderaan tentera kerajaan berada di sepanjang jalan. Ada yang mendekati mayat dua askar pro-Gaddafi yang terbaring untuk sambil mengambil gambar, sementara sebuah masjid dan banyak kediaman menunjukkan kesan pengeboman hebat.Pemberontak meraikan kejayaan mereka dengan melepaskan tembakan ke udara dan melaungkan 'Tuhan lebih berkuasa'. Pengikut setia rejim dituduh melakukan kekejaman terhadap penduduk di sini. Seorang penduduk, Ibrahim Saleh, 34, memberitahu: "Kereta kebal membedil rumah tanpa henti. Saya tidak dapat keluar dari rumah selama beberapa hari. Tiada air, minyak atau komunikasi dan apabila penduduk keluar untuk membeli minyak, mereka diserang.
Ajdabiya adalah bandar pertama jatuh ke tangan pemberontak sejak tentera gabungan Barat melancarkan serangan udara disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 19 Mac lalu untuk menahan tentera yang setia kepada Gaddafi daripada menyerang orang awam. Di tempat lain, letupan besar menggegarkan tapak tentera di pinggir timur Tripoli awal pagi semalam ketika tentera Barat memberi tekanan ke atas Gaddafi dengan tembakan bertalu-talu dari udara. Letupan itu menyebabkan satu kemudahan radar terbakar di Tajura, tempat beberapa pangkalan udara, kata saksi. "Daerah itu digegarkan dengan tiga letupan," kata penduduk menambah bahawa letupan itu memecahkan tingkap. "Serbuan menyasarkan tapak radar tentera yang masih terbakar," kata seorang penduduk yang tinggal berhampiran. Di Washington, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata misi tentera Barat di Libya menunjukkan kejayaan dan berjaya menyelamatkan banyak nyawa. Tentera Bersekutu terus menyerang askar Gaddafi dengan melancarkan peluru berpandu dan bom selain menguatkuasakan zon larangan trbang dan sekatan di laut. "Jadi, terbukti tindakan pantas kami mengelak bencana kemanusiaan ramai orang awam sama ada lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa," katanya dalam ucapan mingguan di radio. – AFP/Reuters
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan