Ahad, 30 Januari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Langkah Mubarak tidak berguna

Posted:

Langkah Mubarak tidak berguna

Langkah Mubarak tidak berguna


RAKYAT Mesir membaling bom api ke arah polis anti-rusuhan selepas pasukan keselamatan menembak ke arah penunjuk perasaan dekat Dataran Tahrir di Kaherah, kelmarin. - AP


KAHERAH 30 Jan. - Aktivis Mesir, Mohamed ElBaradei menyifatkan pelantikan Naib Presiden dan Perdana Menteri baru yang dibuat Presiden Hosni Mubarak sebagai tidak berguna dan tidak menurut apa yang dituntut oleh beribu-ribu rakyat negara ini yang mahu pemimpin itu menamatkan pemerintahan selama 30 tahun.

Kenyataan pemimpin pembangkang Mesir itu dibuat selepas Mubarak, 82, menamakan bekas ketua risikan tentera, Omar Suleiman sebagai Naib Presiden buat kali pertama dan bekas Menteri Penerbangan Awam, Ahmed Shafiq sebagai Perdana Menteri semalam.

"Hosni Mubarak tidak mendengar permintaan rakyat. Apa yang dibuatnya hanya perubahan melibatkan beberapa individu sedangkan kita bercakap tentang perubahan rejim.

"Rakyat Mesir menyatakan satu suara, mereka mahu Presiden Mesir berundur," kata ElBaradei, 68, yang menyifatkan pelantikan itu sebagai tidak berguna kepada televisyen Al-Jazeera semalam.

Bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu turut menyeru pembentukan sebuah kerajaan peralihan baru supaya satu pilihan raya adil dapat dilaksanakan.

ElBaradei berkata, beliau juga mungkin bertanding pada pilihan raya Presiden sekiranya perubahan Perlembagaan dilakukan.

"Saya hormatkan Suleiman dan Shafiq tetapi menggantikan individu tertentu tidak cukup.

"Saya mahu Mubarak dan rejimnya meninggalkan Mesir secepat mungkin. Itu yang terbaik bagi Mesir dan mereka," katanya.

Reformis Mesir itu menegaskan tindakan kerajaan yang cuba menidakkan kemahuan orang awam hanya akan memburukkan lagi keselamatan negara dan Mubarak perlu dipertanggungjawabkan di atas keadaan itu.

"Presiden perlu dipilih oleh rakyat. Sudah tiba masanya untuk sesuatu rejim berundur sekiranya ia tidak memahami kehendak rakyat. Rakyat mahukan pemerintahan baru, jika tidak Mesir akan tumbang," katanya. - REUTERS

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Indonesia nafi kes Abu Bakar Bashir mahu dipindahkan

Posted:

Indonesia nafi kes Abu Bakar Bashir mahu dipindahkan

Indonesia nafi kes Abu Bakar Bashir mahu dipindahkan

JAKARTA 30 Jan. - Pendakwa raya Indonesia menafikan spekulasi bahawa perbicaraan guru agama radikal, Abu Bakar Bashir (gambar) akan dipindahkan ke lokasi lain.

Ketua pendakwa raya Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, Muhammad Yusuf berkata, mereka tidak mempunyai rancangan lain untuk menukar tempat perbicaraan Abu Bakar dan ia akan kekal di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan.

Muhammad bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh sebenar perbicaraan itu akan diadakan, sambil menyatakan ia masih dalam perbincangan.

Polis sebelum ini memberitahu kepada The Jakarta Post, mereka akan menggandakan kawalan dan keselamatan sehingga tiga kali lebih besar untuk menghadapi sebarang gangguan ketika perbicaraan itu.

Abu Bakar ditahan oleh skuad polis antipengganas tahun lalu, atas tuduhan memainkan peranan penting dalam meningkatkan dana untuk menyokong latihan pengganas di Aceh.

Khamis lalu, Jakarta Globe yang memetik pegawai mahkamah sebagai berkata, Mahkamah Daerah Jakarta Selatan akan mengendalikan perbicaraan Abu Bakar tetapi tempatnya akan diubah ke kawasan Kementerian Pertanian di Jakarta Tengah untuk tujuan keselamatan.

"Kami sedang membincangkan tentang kemungkinan perubahan tempat perbicaraan ke kawasan kementerian itu iaitu tempat Abu Bakar dibicarakan sebelum ini.

"Perbicaraan Abu bakar biasanya menarik ramai pengikutnya dari Jawa Timur, Jawa Tengah dan banyak lagi. Kami memerlukan kawasan besar untuk mengendalikan mereka dan membolehkan pengawalan keselamatan lebih baik," kata Ketua Keselamatan Mahkamah, Kamari kepada Jakarta Globe. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan