Berita Harian: Dunia |
Posted: 30 Jan 2011 06:49 AM PST Dunia Beribu-ribu banduan, tahanan melarikan diri selepas berlaku kebakaran di pusat tahananKAHERAH: Penduduk ibu negara Mesir ini terpaksa mengunci rapi pintu rumah mereka dan menubuhkan pasukan kawalan kejiranan berikutan rusuhan dan keganasan semakin menjadi-jadi selepas keadaan kucar-kacir menyusul akibat tunjuk perasaan antikerajaan besar-besaran sejak enam hari lalu. Sementara itu, ribuan banduan dan tahanan melarikan diri dari empat penjara dan pusat tahanan selepas mencetuskan kebakaran dan bertempur dengan pengawal ketika ribuan penunjuk perasaan terus membanjiri jalan raya menuntut Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Seorang pegawai keselamatan itu berkata, tahanan berkenaan yang termasuk beberapa orang dari kumpulan pembangkang yang diharamkan, Ikhwanul Muslimin dan kumpulan Palestin, Hamas, dibantu oleh kumpulan bersenjata yang bertempur dengan pengawal penjara selama beberapa jam.Pemimpin Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman terus mendesak Mubarak mengelak tindak balas ganas dan memperkenalkan pembaharuan yang dituntut penunjuk perasaan yang kebanyakannya adalah golongan muda. Pasukan polis semalam mengurangkan kawalan di jalan raya, manakala anggota tentera semakin meningkatkan kawalan dengan mengerahkan kereta kebal dan perisai, terutama di depan bangunan kerajaan. Beberapa penduduk melaporkan kumpulan remaja, sebahagiannya menunggang motosikal berleluasa di jalan raya dan bertindak merusuh ke dalam pasar raya, pusat beli belah dan kedai. Dentuman tembakan juga kedengaran di pusat dan pinggir bandar. Perusuh melarikan diri dengan set televisyen, barangan elektronik dan perabot dari pusat beli belah sepanjang sungai Nil. Di Giza, sekumpulan remaja dilihat membawa lari berkotak-kotak arak, kerusi, sofa dan meja dari sebuah kasino. Di pusat bandar, perusuh menceroboh masuk cawangan Arab International Bank dan beberapa kafe dan restoran termasuk McDonald's dan Hardees. Bangunan ibu pejabat parti pemerintah dan pasar raya Carrefour di selatan bandaraya dibakar. Rusuhan itu merebak walaupun pihak tentera mengenakan perintah berkurung dari 4 petang hingga 8 pagi. Sementara itu, rangkaian televisyen antarabangsa Al-Jazeera berkata, pihak berkuasa Mesir mengarahnya menutup pejabatnya di Kaherah dan seluruh negara itu. – Agensi |
Kondom oleh-oleh perkahwinan diraja Posted: 30 Jan 2011 05:44 AM PST Dunia Firma guna gambar William, Kate pada pekLONDON: Sebuah syarikat mengambil kesempatan terhadap sambutan perkahwinan Putera William dengan Kate Middleton, April ini dengan mengeluarkan kondom cenderahati. Syarikat Crown Jewels Condoms of Distinction mengeluarkan pek sambutan khas yang memaparkan slogan: 'Umpama perkahwinan diraja... satu peristiwa tidak dapat dilupakan.' Beberapa pihak mengecam tindakan syarikat itu atas alasan ia tidak bersesuaian dengan acara yang dinanti-nantikan rakyat Britain itu.William yang juga juruterbang helikopter tentera dan pewaris kedua takhta akan berkahwin dengan Middleton, kekasihnya ketika di universiti pada 29 April ini di Westminster Abbey. Semua cenderahati tidak rasmi yang sudah dijangka seperti tuala minum teh, set pinggan mangkuk dan poskad dihasilkan dengan segera oleh pengeluar dan kondom kini termasuk dalam senarai baru. Seorang jurucakap Crown Jewels Condoms of Distinction, Hugh Pomfret, menegaskan ia adalah 'satu cara unik untuk mengingati acara besar Britain.'
"Didatangkan dalam warna ungu dan emas, setiap pek memaparkan gambar pasangan itu saling merenung mata satu sama lain, menyatakan ia mengandungi tiga ejen pencegahan, iaitu pelincir berlebihan dan penyokong menakjubkan. "Satu lukisan pasangan seperti mana yang mungkin kelihatan pada hari perkahwinan juga tertera pada pek berkenaan." Persamaan wajah tidak begitu ketara, namun gaya dan pakaian kelihatan digayakan pada gambar rasmi pertunangan. – Agensi
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan