Ahad, 30 Januari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


‘Itu kerja gila’

Posted: 29 Jan 2011 08:25 AM PST

pix_topright

LOS ANGELES: Gila - itu ungkapan diucap seorang pelakon lucah kepada beberapa aktres filem porno yang berani ke rumah Charlie Sheen untuk berpesta di situ, kelmarin.

Kata Capri Anderson, tiada mana-mana wanita yang waras akan tergamak berkunjung ke rumah Sheen di Beverly Hills berdasarkan perangai aktor terbabit di luar layar perak.


Bercakap hasil pengalamannya sendiri, Capri, 22, berkata dia amat terkejut apabila mendapat tahu mengenai insiden Sheen dikejarkan ke hospital kerana mengadu sakit perut melampau.

"Tapi saya bukan terkejut kerana dia hilang kewarasan, sebaliknya tidak dapat memikirkan ada wanita berani berseronok-seronok di rumahnya," katanya kepada media semalam.


Oktober lalu, Capri mendakwa dia diugut bunuh oleh Sheen ketika berfoya-foya dengan pelakon filem Wall Street itu di sebuah hotel di New York.


Capri turut diherdik dengan panggilan sundal oleh Sheen, selain cuba dirogol aktor terbabit.

Sementara itu, aktres porno yang menemani Sheen kelmarin, Kacey Jordan, 22, berkata aktor itu memesan dadah bernilai AS$20,000 (RM61,080) pada Khamis dan mereka mengambil bahan larangan itu bersama-sama.


Pada satu ketika, kata Kacey, Sheen menghisap kokain sambil menonton filem lucah bersamanya beberapa rakannya.

"Sheen menawarkan sebuah kereta mewah tetapi saya mesti meluangkan masa lebih lama di situ," katanya.


Bagaimanapun, Kacey mendakwa dia bergegas meninggalkan kediaman Sheen kerana tidak tahan dengan kerenah pelakon siri komedi Two and a Half Men.


Tidak lama kemudian, Sheen mengadu sakit perut dan terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan hospital pada awal pagi.


Bagaimanapun, Sheen dibenarkan pulang semalam dan memasuki pusat pemulihan bagi merawat masalah ketagihannya.


Siri Two and a Half Men juga akan direhatkan untuk sementara waktu walaupun Sheen begitu yakin penggambaran siri komedi itu tidak terjejas dengan insiden berkenaan. - DM

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

1,000 polis kawal mahkamah bicara Ariel

Posted: 29 Jan 2011 08:22 AM PST

BANDUNG: Seramai 1,000 anggota keselamatan dikerah mengawal kawasan mahkamah esok apabila hakim membacakan hukuman ke atas Ariel.

Selain orang awam, berpuluh-puluh artis dikatakan bakal hadir ke kawasan berkenaan untuk memberi sokongan kepada bekas vokalis Peterpan itu.


Didakwa atas tuduhan menyebarkan klip video lucah memaparkan aksi ranjangnya bersama Luna Maya dan Cut Tari, Ariel berdepan hukuman penjara jika disabitkan kesalahan.

Pendakwa mencadangkan supaya Ariel dipenjara lima tahun serta didenda RM84,600.


Bagaimanapun, Ariel dan peguamnya yakin pendakwa gagal mensabitkan kesalahan itu.


Pegawai polis Bandung berkata, selain anggota keselamatan tempatan, kawalan turut dibantu polis Jawa Barat.

"Ia membabitkan kawasan mahkamah serta jalan raya di sekitarnya," katanya. - CC

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan