Harian Metro: Global |
Tinggal nota bunuh diri di Facebook Posted: 06 Jan 2011 09:32 AM PST OMAHA: Seorang pelajar Sekolah Tinggi Millard South di Omaha, Nebraska, kelmarin, sempat meninggalkan nota terakhir di Facebook sejurus sebelum menembak dua pegawai kanan sekolah itu. Pelajar terbabit, Robert Butler Jr, 17, kemudian membunuh diri dan mayatnya ditemui dalam sebuah kereta hampir dua kilometer dari tempat kejadian.
Katanya, Butler menembak pengetua sekolah tinggi itu, Curtis Case, dan penolongnya, Vicki Kaspar.
Disulami dengan kata-kata mencarut, Butler membayangkan dia bosan dengan sekolah berkenaan.
Menurut sumber, serangan Butler itu mungkin berpunca daripada tindakan sekolah tinggi itu menggantungnya sehari sebelum itu kerana memandu kereta di padang bola.
|
Beckham lelong Porsche kesayangan Posted: 06 Jan 2011 09:32 AM PST LOS ANGELES: Di sebalik gosip mengaitkan David Beckham dengan kemunculan semulanya di Liga Perdana Inggeris tidak lama lagi, bekas kapten pasukan England itu dilaporkan menjual kereta Porsche kesayangannya melalui eBay, semalam. Sejak dua tahun lalu, Beckham, 35, menggunakan Porsche 911 itu di sekitar Beverly Hills.
Menurut sumber, ketika perpindahannya itu masih tergantung, Beckham memutuskan untuk menjual kereta yang dibeli pada harga RM 475,550 itu.
Peminat diberi masa sehingga 10 pagi 12 Januari untuk membida kereta berkenan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan