Jumaat, 7 Januari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Adik Thaksin bakal calon PM Thai

Posted: 07 Jan 2011 03:00 PM PST

Dunia

Penentang politik Abhisit sudah bersedia hadapi pilihan raya tahun ini

BANGKOK: Adik perempuan bekas Perdana Menteri Thailand yang digulingkan, Thaksin Shinawatra, dilihat sebagai calon perdana menteri daripada pembangkang, ketika pilihan raya negara itu semakin hampir, kata jurucakap sebuah parti politik di sini semalam.

Yingluck Shinawatra adalah adik bongsu Thaksin. Parti Puea Thai bersedia mencalonkannya ke jawatan tertinggi itu dan jika terpilih, Yingluck bakal menjadi Perdana Menteri wanita pertama Thailand.

Beliau pada masa ini menyandang jawatan presiden eksekutif firma hartanah SC Asset Corp dan bekas presiden unit telefon bimbit, syarikat telekomunikasi Shin Corp yang diasaskan Thaksin. Penasihat perundangan Thaksin di Thailand, Noppadon Pattama, mengulas: "Yingluck seorang yang merendah diri dan bijak ketika berhubung dengan orang lain. Bagaimanapun, ini bukanlah masanya untuk menyatakan bahawa beliau pasti akan akan dipilih."

Tetapi, pemimpin Puea Thai, Pormpong Nopparit, pula berkata: "Sekumpulan anggota parti Puea Thai mahu Yingluck dilantik sebagai calon bagi jawatan Perdana Menteri dan kami perlu mengundi pada mesyuarat agung parti."

Beliau berkata, parti berkenaan akan menamakan calon pilihan mereka selepas Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, membubarkan Parlimen yang mengikut undang-undang, mesti dilakukan tahun ini.

Thaksin, 61, tinggal di luar negara bagi mengelak hukuman penjara atas kesalahan rasuah. Bagaimanapun, beliau terus menjadi punca menyebabkan perpecahan rakyat Thailand dan dikehendaki atas dakwaan keganasan kerana mendalangi tunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok tahun lalu.
Jutawan itu mendapat sokongan besar penduduk luar bandar Thailand ketika menyandang jawatan, tetapi digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 dan berdepan dakwaan rasuah serta salah guna kuasa.

Kumpulan penyokongnya bergelar Baju Merah mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di Bangkok pada April dan Mei lalu, menyebabkan 90 orang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera kerajaan. – AFP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Ambil kuiz uji keserasian sebelum kahwin

Posted: 07 Jan 2011 02:54 PM PST

Dunia

LONDON: Sebuah firma guaman Britain menyarankan pasangan kekasih menjawab soalan kuiz keserasian sebelum berkahwin.

Ujian keserasian oleh peguam Bross Brennett, memberi tumpuan utama kepada persoalan membabitkan kewangan, hubungan keluarga, kanak-kanak dan aspirasi yang sering menjadi masalah dikalangan pasangan sehingga mengakibatkan perceraian.

Pasangannya, Ruth Bross membandingkan jawapan kuiz itu dengan pertimbangan dan penyelidikan yang dibuat oleh majikan sebelum mengambil seseorang bekerja dengannya. "Tiada orang yang benar-benar komited dalam hubungannya akan memberi jawapan palsu yang ditanya kepada mereka, jika mereka berbuat demikian, anda mungkin bertanya mengapa," kata Ruth dalam satu e-mel mengandungi soalan kuiz itu.

Soalan kuiz membabitkan aset dan berapa banyak yang mereka sedia berkongsi, jenis perhubungan yang mereka mahukan dengan rakan dan anggota keluarga, sama ada mereka mahu anak, pandangan terhadap agama, hobi masa lapang dan rancangan kerjaya. – Reuters


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan