Khamis, 25 Julai 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Keganasan cabar proses damai Thailand

Posted:

Keganasan cabar proses damai Thailand

Keganasan cabar proses damai Thailand

SKUAD pemusnah bom memeriksa lokasi letupan bom tepi jalan yang mengorbankan dua guru Islam di wilayah Narathiwat semalam.


NARATHIWAT - Beberapa serangan bom dan senjata api di selatan Thailand meragut lapan nyawa termasuk guru dan anggota polis, kata beberapa pegawai semalam.

Keganasan terbaharu itu berlaku di sebalik satu persetujuan damai untuk mengekang keganasan di selatan Thai.

Malaysia menjadi hos rundingan damai di antara kerajaan Thai dan beberapa kumpulan gerila Islam di selatan Thai termasuk Barisan Revolusi Nasional.

Kedua-dua pihak pada 12 Julai lalu bersetuju untuk mengelakkan pertumpahan darah sepanjang bulan Ramadan.

Namun, selepas situasi tenang seketika keganasan kembali meletus kelmarin dengan kematian enam orang termasuk dua anggota polis yang mengunjungi sebuah pasar di Wilayah Narathiwat untuk mengumpulkan maklumat.

Mangsa lain merupakan sepasang suami isteri berusia dalam lingkungan 50-an yang ditembak semasa memandu pulang.

Dua penduduk kampung Islam turut maut selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah kedai teh.

Polis menyatakan, dua guru perempuan terbunuh dalam satu letupan bom tepi jalan, manakala mangsa ketiga parah.

Penentangan di rantau selatan Thailand yang dihuni majoriti penduduk Islam telah meragut lebih 5,700 nyawa sejak 2004. - AFP

Tolak gerabak kereta api selamatkan wanita

Posted:

Tolak gerabak kereta api selamatkan wanita

Tolak gerabak kereta api selamatkan wanita

SERAMAI 40 penumpang dan kru menolak sebuah gerabak kereta api di Stesen Kereta Api Minami Urawa, Saitama pada Isnin lalu.


SAITAMA, Jepun - Sejumlah penumpang dan kru bertindak menolak gerabak sebuah tren sehingga senget untuk mengeluarkan seorang wanita yang tersepit di celah platform di Stesen Kereta Api Minami Urawa di sini.

Mereka menolak gerabak seberat 32,000 kilogram itu bagi menyelamatkan wanita berkenaan yang terjatuh dan tersepit di celah platform sedalam 20 sentimeter ketika waktu puncak pada Isnin lalu.

Kejadian itu dirakam oleh seorang jurugambar akhbar Yomiuri Shimbun yang berada di lokasi kejadian.

Menurut akhbar berkenaan, pengumuman mengenai insiden seorang penumpang terjatuh dan tersepit di celah platform dan gerabak kereta api mendorong sekitar 40 penumpang untuk memberi bantuan.

Mangsa yang berusia 30 tahun ditarik keluar tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian bertepuk tangan melihat mangsa berjaya diselamatkan. - AP

Waris takhta Britain dipertonton

Posted:

Waris takhta Britain dipertonton

Waris takhta Britain dipertonton


WILLIAM dan isterinya, Kate Middleton muncul bersama bayi mereka di luar Sayap Lindo Hospital St Mary di tengah London kelmarin.


LONDON - Pewaris takhta diraja Britain, Putera William dan isterinya, Kate Mid- dleton mempertonton bayi mereka kepada khalayak semasa meninggalkan sebuah hospital di sini kelmarin.

Orang ramai, wartawan dan jurugambar berkumpul di hadapan Sayap Lindo Hospital Saint Mary di sini untuk melihat putera baharu tersebut.

Pasangan diraja itu melambai dan bergilir mendukung bayi mereka yang dibaluti selimut putih dengan hanya kepala dan tangannya kelihatan.

"Kami masih mencari nama yang sesuai secepat mungkin," kata William kepada wartawan sambil menambah, beliau kini amat gembira.

"Dia mempunyai raut wajah ibunya, syukurlah," kata William kepada wartawan sambil menjeling ke arah Kate.

Pasangan tersebut meneruskan tradisi memberi kesempatan kepada orang ramai melihat anggota keluarga diraja baharu itu semasa mereka keluar dari hospital.

Perkara sama pernah dilakukan oleh bapa William, Putera Charles dan mendiang ibunya, Puteri Diana.

Ibu bapa Kate merupakan pelawat pertama yang menziarahi pasangan itu dan bayi mereka.

Bayi itu merupakan pewaris ketiga takhta diraja Britain selepas datuknya, Charles dan bapanya, William, 31. Putera Harry merupakan pewaris keempat.

Bagi meraikan kelahiran putera baharu itu, Artileri Diraja Britain melepaskan 41 das tembakan ke udara di Green Park di sini dan 62 das tembakan di Menara London. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan