Harian Metro: Global |
Posted: 31 May 2013 09:36 AM PDT Beijing: Seorang wanita China yang buta mengaku menjual empat daripada anaknya untuk menyara keluarga kerana masalah kewangan. Di antara 2005 dan 2012, wanita dari Shibei di Mianyang itu, Du Xiurong mengaku menyerahkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki kepada pasangan lain.
"Jika saya tidak buta, saya tidak akan tergamak menyerahkan mereka ke tangan orang lain," katanya. Du berkata, dia tidak menjual anak-anaknya, tetapi menyerahkan mereka dan mendapat sedikit imbuhan atas susah payah dialami sepanjang tempoh kehamilan. Du juga mengakui sayang kepada kanak-kanak.
DU yang cacat penglihatan sejak berusia lima tahun dianggap sebagai beban kepada keluarganya. Sembilan tahun kemudian, dia dikahwinkan dengan seorang lelaki selepas keluarga melihat dia sebagai beban.
"Sebaik saja ada lelaki yang mahu mengahwini saya, mereka tidak menunggu lama bersetuju," katanya. Namun, nasib malang terus menimpa Du.
|
Perancis haram rokok elektronik di tempat awam Posted: 31 May 2013 09:29 AM PDT Paris: Perancis akan mengharamkan penggunaan rokok elektronik di semua tempat awam dan mengawalnya sama seperti rokok biasa. Menteri Kesihatan Perancis, Marisol Touraine berkata, rokok elektronik bukan produk biasa dan perlu diletakkan di bawah kawalan seperti rokok tembakau.
Pengumuman itu mencetuskan kemarahan di kalangan penjual dan pengguna alat berbateri itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan