Selasa, 9 April 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Thatcher meninggal dunia

Posted:

Thatcher meninggal dunia

Thatcher meninggal dunia


GAMBAR menunjukkan wajah Thatcher pada 19 September 2010.


LONDON – Bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher meninggal dunia pada usia 87 tahun semalam selepas beliau diserang strok, kata seorang jurucakapnya, Tomoty Bell.

Bell berkata, dua anak Thatcher, Mark dan Carol mengumumkan kematian ibu mereka itu yang meninggal dunia pada waktu pagi.

Perdana Menteri Britain, David Cameron memendekkan lawatannya ke Sepanyol ekoran kematian Thatcher.

"Ia merupakan sesuatu yang amat menyedihkan apabila saya mengetahui kematian Thatcher.

"Kami kehilangan seorang pemimpin yang hebat, seorang perdana menteri yang hebat dan seorang warga Britain yang hebat," katanya menerusi Twitter.

Cameron merupakan anggota parti Konservatif yang juga dianggotai Thatcher.

Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II turut melahirkan perasaan sedih ekoran kematian bekas Perdana Menteri itu.

Menurut ratu tersebut, baginda akan menyampaikan mesej peribadi kepada keluarga Thatcher.

Thatcher yang diberikan gelaran sebagai Wanita Besi Britain menjadi Perdana Menteri wanita pertama Britain pada tahun 1979.

Beliau juga merupakan pemimpin pertama parti Konservatif yang memenangi tiga pilihan raya umum berturut-turut di Britain.

Thatcher meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1990 dan digantikan dengan John Major.


CAMERON (kiri) berbual dengan Thatcher di 10 Downing Street di London pada 8 Jun 2010.


"Pembaharuan dalam bidang ekonomi, undang-undang perdagangan dan penawanan semula Kepulauan Falkland mengangkatnya ke landasan yang menjangkaui landasan politik biasa dan ia tidak mungkin dicapai menerusi seorang lagi pemimpin," kata Major.

Thatcher mengetuai penswastaan agensi kerajaan di Britain.

Wanita itu juga mengetuai usaha Britain untuk menawan semula Kepulauan Falkland yang ditawan tentera Argentina pada tahun 1982.

Bekas Perdana Menteri itu diserang strok ringan pada tahun 2002 dan berasa amat sedih selepas suaminya, Denis meninggal dunia pada tahun 2003.

Terdapat spekulasi tentang kesihatannya sejak beberapa tahun lalu.

Pada tahun 2011, seorang aktres terkenal Britain, Meryl Streep melakonkan wataknya sebagai seorang bekas pemimpin yang menghidap penyakit lupa.

Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan Gordon Brown dari parti Buruh yang merupakan saingan parti Konservatif pernah mengundangnya untuk minum teh bersama dengannya. – AGENSI

Putin diserbu wanita tidak berbaju

Posted:

Putin diserbu wanita tidak berbaju

Putin diserbu wanita tidak berbaju


ap
PUTIN melihat ke arah seorang anggota kumpulan Femen yang mendedahkan payudaranya di Hanover semalam.


HANOVER, Jerman - Presiden Rusia, Vladimir Putin ketawa apabila beliau melihat gelagat sekumpulan wanita yang mendedahkan payudara mereka sebagai bantahan terhadapnya di Jerman semalam.

Putin kemudian berjenaka dengan menyatakan beliau suka dengan apa yang dilihatnya itu.

Tiga anggota kumpulan daripada pergerakan Femen yang memperjuangkan hak-hak golongan wanita mengganggu lawatan beliau semasa Presiden Rusia itu tiba untuk menyaksikan pameran perdagangan di sini.

Anggota-anggota kumpulan tersebut membuka baju melaungkan slogan menggelar Putin sebagai seorang diktator.

"Mengenai persembahan itu, saya menyukainya," kata Putin pada satu sidang akhbar bersama dengan Canselor Jerman, Angela Merkel.

Menurutnya, tindakan wanita-wanita tersebut secara tidak langsung membantu mempromosi pameran perdagangan itu.

Beliau juga mencadangkan supaya pihak keselamatan patut lebih berlembut dengan kumpulan wanita tersebut yang ditahan kerana melakukan perbuatan itu.

"Saya tidak dengar apa yang mereka jeritkan, saya tidak sempat melihat sama ada mereka berambut perang, coklat atau hitam keperangan," kata Putin.

Anggota-anggota kumpulan tersebut membuat protes ekoran penahanan beberapa ahli kumpulan band Pussy Riot.

Anggota-anggota kumpulan band wanita tersebut ditahan kerana membuat persembahan di dalam sebuah gereja di Rusia. - AGENSI

Ahli arkeologi cari artifak di kubu purba

Posted:

Ahli arkeologi cari artifak di kubu purba

Ahli arkeologi cari artifak di kubu purba


GAMBAR menunjukkan kubu purba Gonur-Tep di gurun Kara Kum pada 2 April lalu.


MARY, Turkmenistan – Sekumpulan ahli arkeologi mencari artifak yang tertanam di sebuah kubu purba di gurun Kara Kum di barat negara ini.

Kubu itu sebeum ini ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi dari

Kesatuan Soviet sebelum empayar komunis itu runtuh.


BENTUK dinding yang terdapat di kubu tersebut.


Ahli-ahli arkeologi Soviet itu menemui kubu tersebut pada abad ke-20 yang tertanam di bawah pasir di gurun tersebut.

Bangunan kubu tersebut yang seluas 30 hektar dipenuhi dengan dinding dan terletak 50 kilometer dari bandar purba Mary.

Kubu Gonur-Tepe itu terletak di sebuah kawasan penempatan manusia yang wujud kira-kira 2,000 Tahun Sebelum Masihi.


PEMANDANGAN dari udara menunjukkan kawasan kubu itu pada 5 Julai 2004.


Setakat ini, kerja-kerja menggali di kawasan tersebut menemui barang-barang kraf tangan yang dihasilkan pada zaman gangsa.

Seorang ahli arkeologi Rusia, Viktor Sarianidi yang berumur 84 tahun berkata, sebuah objek mozek yang cantik telah ditemui pada tahun ini di kawasan itu. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan