Harian Metro: Global |
Posted: Mexico: Foto mengejutkan ini menunjukkan bagaimana mayat tujuh lelaki yang ditemui atas kerusi plastik ditembak di kepala dengan mesej ancaman dipaku pada dada mereka menggunakan alat pemecah ais. Satu pelekat pada satu mayat berkenaan yang ditemui pagi semalam di Uruapan, negeri Michoacan berbunyi: "Amaran! Inilah yang berlaku kepada pencuri, penculik, penyerang seks dan pemeras ugut." Tujuh mayat yang mempunyai kesan kecederaan ditembak didudukkan di atas kerusi dekat bulatan jalan raya, kata pihak berkuasa tempatan. Pejabat pendakwa raya tidak memberikan motif pembunuhan itu.
Tiga ejen itu dikejar oleh kumpulan lelaki bersenjata ketika berjalan menuju ke sebuah bank dan dibunuh selepas cuba berlindung di hotel berhampiran, kata polis.
MAYAT tujuh lelaki yang dibunuh dengan kejam diletakkan di atas kerusi plastik. |
Posted: London: Dia menjalani lebih 330 prosedur dan pembedahan kosmetik lebih jauh mengatasi Cindy Jackson dari Amerika Syarikat yang diiktiraf wanita paling banyak melakukan pembedahan kosmetik di dunia. Bekas model glamor Inggeris Alicia Douvall yang terkenal kerana pendedahan hubungan sulitnya dengan selebriti termasuk mogul muzik Simon Cowell mendakwa membelanjakan lebih 1 juta pound (RM4.7 juta) untuk membesarkan payudara, menegangkan muka hingga kepada pembedahan mengecilkan jari kaki.
Alicia mendakwa perbuatannya itu menyebabkan dia ketagih untuk melakukan pembedahan hingga terpaksa menerima rawatan pemulihan sebanyak tiga kali. Alicia yang dikaitkan dengan beberapa selebriti termasuk aktor Rourke dan bekas penyanyi Simply Red, Mick Hucknall berkata, dia sudah menjalani banyak pembedahan kerana yakin dia kelihatan hodoh.
Dia mendakwa membelanjakan hingga RM4.7 juta terhadap pembedahan kosmetik dan prosedur lain seperti suntikan Botox dengan hanya memberitahu pakar bedah dia mahu kelihatan sempurna. "Saya sering gunakan istilah itu. Saya membawa anak patung Barbie ketika berjumpa dengan seorang perunding kecantikan untuk menunjukkan kepada mereka apa sebenarnya yang saya inginkan. "Saya tidak sihat kerana ketagih dengan pembedahan. Tetapi tiada seorang pun doktor ditemui cuba untuk menghentikan hasrat saya. Saya fikir mereka hanya mahukan wang saya," katanya. Alicia bercakap demikian dalam kempen "Hentikan Pembedahan Kosmetik Koboi." Pada satu peringkat, dia terdesak untuk mengubah tubuhnya hinggakan menjalani satu pembedahan setiap minggu. "Selain pendidikan anak perempuan, saya tidak membelanjakan wang untuk perkara lain kecuali pembedahan. "Saya makan kacang panggang saja dan tidak pernah pergi bercuti. Malah, saya memujuk teman lelaki untuk membayar kos pembedahan saya." Apabila ditanya adakah dia berpuas hati sekarang, dia menjawab: "Saya sudah menjalani terlalu banyak pembedahan hingga muka saya tidak dapat bergerak. Saya tidak boleh senyum dengan betul dan tidak dapat bernafas melalui hidung. "Jika saya tidak pernah menjalani pembedahan, saya jauh lebih cantik dari sekarang. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/25 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan