Kosmo Online - Dunia |
- Tentera Syria bertempur di Damsyik
- Rumah pemimpin pembangkang Mesir dikawal pihak berkuasa
- Bekas anggota polis AS balas dendam
Tentera Syria bertempur di Damsyik Posted: Tentera Syria bertempur di DamsyikAP BEIRUT - Tentera Syria semalam mengebom rangkaian penentang di sekitar kawasan timur dan selatan di pinggir Damsyik. Pertempuran ke atas para penentang Presiden Bashar Al-Assad itu turut berlaku di jalan-jalan raya. Serangan tentera Syria itu berlaku selama tiga hari berturut-turut. Kumpulan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, daerah Jubar di timur dan kawasan berdekatan Qaboon diserang selain kawasan Hajar al-Aswad, Qadam, kejiranan Assali. Pertempuran antara kumpulan penentang dan tentera rejim Bashar al-Assad tercetus pada waktu subuh di sekitar kawasan kem Yarmuk yang menempatkan pelarian Palestin di selatan ibu kota, kata kumpulan berkenaan. AP Menurut kumpulan itu, seramai enam anggota penentang terbunuh di dalam pertempuran tersebut di bandar Mudamiyeh di selatan Damsyik. Kubu pihak penentang di Daraya turut menerima nasib yang sama. Kumpulan tersebut menyatakan, pertempuran turut berlaku di beberapa kawasan lain di sepanjang lebuh raya melalui bandar raya Damsyik di daerah timur dan selatan. Pertempuran antara kumpulan penentang yang disertai penduduk tempatan dan asing dengan tentera Syria bermula sejak Mac 2011. Lebih 60,000 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran itu. Para penentang mahu Bashar meletakkan jawatan kerana beliau gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan kebebasan bersuara. - Agensi | |
Rumah pemimpin pembangkang Mesir dikawal pihak berkuasa Posted: Rumah pemimpin pembangkang Mesir dikawal pihak berkuasaAP KAHERAH - Beberapa pegawai keselamatan semalam meningkatkan kawalan di sekitar rumah-rumah ahli politik pembangkang kelmarin. Tindakan itu dilakukan selepas seorang pemimpin pembangkang Tunisia, Chokri Belaid mati ditembak di Tunis, Tunisia. Perkembangan terbaharu itu berlaku selepas seorang ulama Mesir menyatakan di sebuah televisyen negara ini bahawa adalah wajar serangan seksual dilakukan ke atas para penunjuk perasaan wanita. Beberapa fatwa lain menyatakan, adalah wajar para pemimpin pembangkang dibunuh. Pejabat parti Presiden Mohamed Morsi mengutuk fatwa tersebut. Serangan seksual terhadap para penunjuk perasaan wanita telah berlaku sejak Januari tahun lalu. Dalam kebanyakan kes, para perusuh membogelkan penunjuk perasaan wanita. Sementara itu, ribuan para penunjuk perasaan berhimpun di beberapa bandar di negara ini bagi mengutuk pemerintahan Morsi. Mereka mengutuk pemerintahan Morsi di sini, Alexandria, Port Said dan beberapa bandar lain semalam. Pemerintahan Morsi dikatakan gagal memenuhi cita-cita revolusi seperti yang dituntut oleh rakyat semasa mereka berjaya menyebabkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada 11 Februari 2011. Pentadbiran Morsi juga didakwa menggunakan perlembagaan yang menyekat kebebasan penduduk dan wanita. - Agensi | |
Bekas anggota polis AS balas dendam Posted: Bekas anggota polis AS balas dendamAFP LOS ANGELES - Seorang bekas anggota polis yang dipecat serta memusuhi Jabatan Polis Los Angeles di sini, Christopher Dorner kini diburu selepas dia menembak mati tiga orang. Kejadian itu menyebabkan satu operasi pemburuan luar biasa yang melibatkan tiga wilayah di Amerika Syarikat (AS) dan Mexico diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Fokus pihak polis kini beralih ke kawasan pergunungan bersalji di sekitar Tasik Big Bear. Tasik itu terletak kira-kira 130 kilometer ke timur Los Angeles dan polis menemui sebuah trak yang dibakar Dorner. Syerif Dearah San Bernardino, John McMahon berkata, seramai 125 anggota ditugaskan mencari suspek itu dari pintu ke pintu rumah. Dorner dikehendaki selepas dia membunuh satu pasangan, Keith Lawrence dan Monica Quan pada Ahad lalu. Monica merupakan anak perempuan seorang pegawai polis yang teleh bersara, Randy Quan.
Dorner menyalahkan Randy kerana dia dipecat sebagai pegawai polis lima tahun lalu. Lelaki itu kemudian menyerang dua lagi pegawai pada Rabu lalu di Riverside menyebabkan seorang terbunuh dan seorang lagi cedera. Seorang lagi anggota polis cedera dalam kejadian berasingan di Corona. Dua orang awam turut cedera kelmarin apabila polis melepaskan tembakan ke arah mereka di Magnolia Avenue, Corona, California kelmarin. Tembakan itu dilepaskan kerana polis menyangka Dorner berada di dalam kereta yang dinaiki mereka. Menurut dokumen, Dorner dipecat selepas dia membuat aduan yang menentang seorang pegawai polis latihan Sarjan Teresa Evans. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan