Harian Metro: Global |
Generasi Google hilang kreativiti Posted: 26 Dec 2012 08:09 AM PST LONDON: Seorang daripada pereka cipta terkemuka Britain memberi amaran, "generasi Google" yang terlalu bergantung kepada Internet untuk sebarang maklumat berdepan kemungkinan mengalami "kematian otak." Pencipta radio wind up (radio berkuasa manual), Trevor Baylis, berkata kanak-kanak semakin hilang daya kreativiti serta kemahiran praktikal kerana terlalu banyak menghabiskan masa di depan skrin komputer. Kata Baylis, 75, dia bimbang generasi pereka cipta akan datang akan hilang dan kebanyakan anak muda hari ini tidak mampu berusaha sendiri untuk melakukan sesuatu.
Meccano adalah alat mainan menggunakan pelbagai jenis bahan terpakai, seperti kepingan keluli, skru dan nat.
Ketika perang, katanya, dia tidak bersekolah dan sering merayau di kawasan rumahnya di Southhall, Middlesex, untuk mengumpul bahan terbuang. "Satu hari, saya bertemu seorang wanita yang menghadiahkan sekotak besar barang.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/26 |
Pelanggan Asda terlepas denda kerana kesalahan lucu Posted: 26 Dec 2012 07:45 AM PST LONDON: Gara-gara terlalu terdesak untuk membeli-belah, seorang pemandu tergamak meninggalkan keretanya di kawasan meletak troli pasar raya Asda. Pemandu terbabit cuma dikenali sebagai Jim bersusah-payah memasukkan kereta Peugot 107 miliknya ke kawasan sempit itu selepas mendapati tiada lagi kawasan meletak kenderaan yang kosong. Tindakan Jim itu menarik perhatian orang ramai.
"Kenderaan terlalu banyak dan saya terfikir meletakkan kereta saya di tempat troli kerana ia memang kosong," katanya. Jim mengakui dia mengalami kesukaran untuk keluar dari keretanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/26 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan