Harian Metro: Global |
Cinta antara 2 ‘darjat’ Posted: 24 Dec 2012 07:22 AM PST BRASILIA: Walaupun memiliki ketinggian luar biasa, ia tidak menghalang Elisany da Cruz Silva menjalani kehidupan seperti remaja lain, termasuk menjalinkan percintaan dengan lelaki pilihan. Elisany, 17, ketika ini diiktiraf sebagai remaja perempuan tertinggi di dunia dengan ketinggian 2.07 meter, manakala teman lelakinya 40.6 sentimeter lebih rendah. Apabila perlu, Elisany terpaksa membongkok untuk mencium kekasihnya, Francinaldo da Silva Carvalho, 22.
Ketumbuhan itu telah dibuang melalui pembedahan sebelum ini.
"Satu-satunya aspek yang menjejaskan hubungan kami ialah ketinggian.
Bagaimanapun, kata Elisany, bukan dia yang memilih Carvalho menjadi kekasih, sebaliknya ia berlaku atas kehendak Tuhan. Sementara itu, Carvalho berkata, rakannya tertanya-tanya bagaimana dia memeluk Elisany.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/24 |
Posted: 24 Dec 2012 07:17 AM PST TALLAHASSEE (Florida): Niat seekor burung pucung biru membaham mangsanya tergendala beberapa ketika selepas ular yang dipatuknya melawan. Aksi itu dirakam seorang jurugambar, Peter Brannon, 35, ketika dia melawat kawasan perlindungan hidupan liar Green Cay Wetlands, di Delray Beach, Florida.
"Burung itu melompat-lompat untuk melepaskan lilitan ular pada mulutnya," katanya. Selepas 15 minit, kata Brannon, ular itu masih enggan mengalah sehingga burung berkenaan menukar taktik dengan menggoyangkan kepalanya supaya reptilia itu terhempas ke bawah.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/24 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan